Penggunaan ASSALAMUALAIKUM di dalam SMS atau E-mail

 
 
 

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memanjangkan lagi umur kita.Dapat lagi kita melihat dunia pada hari ni.Allahumma solli’ala muhamad wa’ala ali Muhammad.Solawat dan salam untuk Nabi kita, kaum keluarganya, sahabat-sahabat dan seluruh umat Islam yang ada di muka bumi ini.Berbahagialah kepad orang-orang yang bangun pagi-pagi tadi menyiapkan diri dan terus pegi masjid untuk bersolat jemaah bersama dengan Imam.Sungguh besar ganjaran yang dia dapat.Kepada mereka yang tak solat Subuh tu,tak tau lah…….jangan begitu….jangan tak solat lansung…..

Ucapan ASSALAMUALAIKUM adalah ucapan penduduk-penduduk SYURGA…

Oleh itu jikalau hendak memberi atau hendak mengucapkan ungkapan ini hendaklah:-

Ucapkan dengan perkataan yang penuh dan lengkap.ASSALAMUALAIKUM.Janganlah cakap SALAMUALAIKUM kerana tidak betul tu.Jika hendakkan pahala penuh ucapkanlah yang penuh.ASSALA MUALAIKUM WAROHMATULAHI TA’ALA WABAROKATUH.
Orang yang memberi salam hukumnya SUNNAT,tetapi bagi sesiapa yang mendengar akan ucapan salam itu adalah WAJIB untuk menjawabnya.Jika dia tidak menjawab maka berdosalah hukumnya.
Orang yang muda patut beri salam kepada orang yang tua dahulu.Orang di luar rumah beri salam dahulu kepada orang di dalam rumah.

Kalau dalam tulisan,tulislah perkataan yang penuh jika memberi salam.Jangan tulis ‘SALAM EN MAT’.Tulislah dengan penuh.’ASSALAMUALAIKUM En Mat’.Barulah dalam balasannya En Mat akan menjawab Waalaikumussalam.Bende ini terdapat masa kita nak antar SMS atau EMAIL.Cukup suka kita kata ‘SALAM HAJI’ atau ‘SALAM TUAN’.Tak betul tu.Tulislah betul-betul.’Assalamualaikum En.’.Barulah dicatat pahalanya.Manakala yang menjawab pulak mestilah menjawab dengan penuh.’Waalaikumusalam’.

Kalau kita nak kirim salam pada orang lain melalui seseorang.Kita akan bagi tahu dia,”Mat kau tolong sampaikan ucapan ‘Assalamualaikum’ aku pada si polan tu ye”.Dan member tu pulak mestilah menyampaikan ucapan tadi kapada si polan tu dengan berkata,” Jang…kawan kau Mat Jerobin tu pesan pada aku,dia cakap ‘Assalamualaikum’ untuk kau..”.Kemudian si polan tu pulak WAJIB menjawab dengan ucapan ‘Waalaikumussalam’.
Jika dia ucap,”Mat kawan engko tu kirim salam “.Kemudian Mat Jerobin hendak menjawab apa?

Perkara ini walau pun kecik tetapi besar dari segi perlaksanaannya.Kalau yang ini pun kita tak boleh nak buat,apatah lagi perkara yang besar-besar terutamanya solat.

Apa komen anda?

(1210)

2 thoughts on “Penggunaan ASSALAMUALAIKUM di dalam SMS atau E-mail

  1. Pingback: Hidup Adalah Anugerah Dari Allah | Blog Yusri

  2. Pingback: Istidraj Di dalam Kehidupan | Blog Yusri

Leave a Reply to Hidup Adalah Anugerah Dari Allah | Blog Yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge