Fuel Pump Buat Hal

Sungguh tak ku duga, hari ini dompetku yang sememangnya dah kempis akan semakin kempis dan nipis. Ini semua gara-gara jalopy 4G18P aku buat hal. Begini ceritanya…

Petang tadi selepas balik dari kerja,sebelum sampai rumah singgah kejap kat kedai runcit. Selepas membuat baik punya side parking, belum sempat aku matikan enjin tiba-tiba enjin dah mati dengan sendirinya. Aiii…apasal enjin mati ni? Nak kata aku terlepas tekan clutch sebelum free gear tak pulak. Kalau tak buat malu jer…hehehe. Aku pun try hidupkan enjin. Sekali try tak hidup. Try lagi berkali-kali, pun tak berjaya juga. Aku pun mula mencongak sejenak, bateri baru je tukar 5 bulan lepas. Takkan dah ‘kong’ kot? Tanda-tanda nak ‘kong’ pun belum ada lagi. Tengok meter minyak, masih ada satu takuk sebab aku baru je isi RM20 tadi.

Lepas tu aku pun bukak hood depan, buat-buat check apa yang patut (padahal tak pandai sangat pun) 🙂 . Aku check holder kabel kat terminal +ve dan -ve bateri, ok tak longgar pun. Aku try strart lagi, tak jugak hidup enjin tu. Aku dah give-up. Apa lagi aku terus pergi ke bengkel kerete yang berada tak berapa jauh di deretan yang sama dengan kedai yang hendak aku tujui tadi.

Nasib baik bengkel masih bukak dan pomen pun ada kat situ. Terus aku cerita kat pomen tu pasal masalah jalopy aku. Pomen Melayu. Dia buat andaian bahawa berkemungkinan masalah bateri. Dia pun bawaklah satu bateri spare untuk cubaan menghidupkan enjin. Tetapi juga tidak berjaya. Kemudian dia membuat andaian lagi berkemungkinan spark plug pula bermasalah.

Dia pun balik semula ke bengkelnya untuk mengambil peralatan repairnya. Beberapa minit kemudian dia datang dengan sorang lagi pomen berketurunan Cina. Mungkin ini leader atau supervisor dia. Selepas start enjin beberapa kali masih juga tak hidup, dia berkata berkemungkinan masalah pada fuel pump (pam bahanapi). Dia pun terus periksa fuel pump yang berada dekat bawah tempat duduk penumpang belakang. Setelah diperiksa dan diuji, memang sah benda tu yang menjadi punca kepada masalah enjin tak boleh start ni.

Inilah rupanya fuel pump jalopy aku yang problem tu

Aku pun tanyalah dengan dia, kos untuk tukar fuel pump tu. Dia kata kos dalam RM200++. Aku dah agak dah harga lebih kurang tu sebab pernah dengar dari member-member aku yang pernah kena masalah yang sama sebelum ni. Apalagi aku terus suruh dia tukar fuel pump tu dengan yang baru. Apa boleh buat ini jelah pilihanku untuk selesaikan masalah ni.

Tak sampai 15 minit, fuel pump sudah pun berjaya ditukar dan enjin pun berjaya dihidupkan. Aku tersenyum lega bercampur dengan keluhan di dalam hati. “Kering lagi aku bulan ni…”

 

Faulty fuel pump.Agaknya boleh repair lagi tak ni?

Selepas pakai fuel pump baru ni, aku dapat rasakan yang perjalanan enjin aku lagi smooth criminal dan tiada lagi masalah enjin jerk (tersedut-sedut). Jadi daripada masalah yang aku hadapi ini, aku dapat menambah lagi serba-sedikit pengetahuan ku tentang enjin. Betul kata pujangga, setiap masalah yang berlaku pasti ada hikmahnya (Errr…ada ke pujangga macam tu).Hahaha.

(13892)

About The Author

22 thoughts on “Fuel Pump Buat Hal

  1. hatiputera

    aku dah pernah kena masalah fuel pump nie. Kalau dalam perjalanan enjin mati, solution kecemasan yang boleh dilakukan dengan mengetuk atau menendang tangki minyak kat bawah tu dengan kuat tetapi jangan sampai kemek pulak. aku dah cuba dan berjaya tetapi selepas itu pergi cepat-cepat ke bengkel takut berulang kembali.

    Reply
  2. akubiomed

    Macam fuel pump Waja sahaja. Pernah terkena semasa mengunakan kereta syarikat dan fuel pump kerap juga rosak. Ada yang bypass sementara pengantian mencari bengkel cuma risiko tidak tahu baki minyak.

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      saya dah beberapa kali juga buka fuel pump ni. sayangnya saya tak snap gambar semasa proses tu. kalau berkesempatan nanti saya cuba buatkan satu artikel untuk itu.
      Proses dismatle fuel pump perlukan at least 2 orang kerana agak sukar juga nak keluarkan dari fuel tank.

      Reply
  3. Yana

    Boleh tumpang tanya tak? Nape meter kereta waja saya macam x betol ye? Kejap2 die punye had kelajuan tu tibe2 turun. Lepas tu tempat nak tengok bape km dah jalan tu x menyala 🙁 Lagi satu kenape saya drive kan nnt tibe2 gear akn sendirinye pergi ke N (lampu kelip2) dan dlm mase yg same gear D still menyala. Kereta jd x bole pickup. Macam jalan gune gear N. Help pls 🙁 Thanks.

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      Kepada Cik/Puan Yana,
      Terima kasih kerana mengajukan soalan ini di ruang blog yang tak seberapa ini.
      Saya tak pernah lagi mengalami masalah sebegini…tapi insyaAllah saya cuba dapatkan info dari kawan-kawan yang mahir dalam bidang ini.
      Jika dah cukup info saya akan maklumkan pada Cik/Puan Yana.

      Reply
  4. Yana

    Sorry lambat reply hehe. Thanks sbb sudi reply. Baru2 neh saya da tuka water pump waja, sbb org kedai tu ckp water pump rosak. But still masalah gear tu tak overcome. Bile saya bawak laju sket nnt tibe2 gear akan pergi ke N. Gear saya rosak ke? Kalau gear rosak mahal ke nk repair? Blog awak sgt membantu 🙂

    Ps: Saya cik lagi hehehehe

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      Cik Yana,
      Biasanya kalau kereta waja,kalau gear tak boleh masuk atau problem berkaitan dengan ECU gear box,
      sila ikut langkah ni .. biasanya berjaya.
      1.Check alas kaki sebelah co-pilot / jika ada air kat bawak karpet biasanya cooling coil tersumbat. jadi air menitis masuk bawah karpet dan terkena pada ECU gear box, jadi gear box akan bermasalah (pening/gila) hehe.
      2.Jika ini terjadi terpaksa cuci cooling coil.
      3.Terpaksa buka ECU gear box yang terletak belakang tempat tukar duit syiling.
      4.Cuci bersih ECU tadi ( kasi kering ) dan pasang balik.
      5.InsyaAllah berjaya.
      6.TQ

      Gear Box kalau rosak nak repair jarang jumpa mekanik yang boleh repair. Biasanya diorang suruh tukar gear box baru/2nd hand.
      Harga gear box memang agak mahal jugak.

      Reply
  5. Yana

    Hi Encik Yusri 🙂

    Thanks for the info 😀 Saya sebenarnye tak tahu sangat pasal kereta ni. Jadi bile saya anta kedai and suruh buat ape yg encik yusri suruh, dorg akan cakap semua okay -_- Gear yg bermasalah sbb saya x pena tuka minyak gear jadi gear jadi biol -_- Nak tanya, kalau tuka gear box harga around berape ek? Kalau tuka kepada manual pulak harga dalam berape ye? Ade kedai yg bole recommend x encik yusri?

    Thanks in advance! 🙂

    Reply
  6. yusof

    assalamualaikum,,,selamat hari raya aidil fitri
    Waja saya mengalami kebocoran pada line INLET hose fuel pump yang terletak di bawah kerusi belakang..kawan sarankan tukar O ring pada socket inlet tapi telah beberapa kali di tukar dan mengunakan lain2 size…masih terdapat kebocoran di penyambung….Saya ingin gantikan hosepipe beserta socket tapi mohon mendapat nasihat ada kah perlu untuk di turun kan tangki minyak dan dimana kesulitan yang ketara?

    Reply
  7. yusof

    Assalamualaikum smua…Saperti gambar fuel pump jalopy yang tertera…masaalah kereta sya terdapat kebocoran pada outlet hose …bila ditarik keluar dapati O ring dalam connector …saya cuba ganti kan O ring tetapi setelah di pasang semula..masih terdapat kebocoran d tempat yabg sama…ada kah masaalah ini berpunca dari filter yg terdapat di luar tangki bahan api ?
    minta pandangan pada yg berpengalaman

    terima kasih

    Reply
  8. faiz

    Utk mengelakkan fuel pump cpt kong amalkan minyak dlm tangki jgn kurang dr stgh.. Fuel pump mesti terendam dlm minyak supaya sejuk..

    Reply
  9. eden

    Keta sy waja campro auto thn 2006.msalah keta sy apabila nk start dari kdudukan kunci acc nk pulas me start..meter minyak akan turun dlm bbrapa saat sblm ke kedudukn asal serentak keta start…sblm ni x pnah jd lg..wlau nk pulas kunci le start meter msih tegak kt tdudukan asal..tma ksh.

    Reply
  10. en syed

    salam tuan, sy ad msalah susah nak start waktu pagi dan simptom sengguk2.saya dalam proses nak tukar fuel pump apa brand terbaik dan mampu milik?
    menggunakan waja 4g18 tahun 2002.

    Reply
  11. max

    Assalam bro nak tanya pasal fuel meter saya yg x betol. Klu minyak isi 10 liter jarum akan ketengah tapi lepas guna dlm 40-50 km meter jatuh ke bawah. Dan takde warning minyak.

    Reply

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *