Kenapa Ada Lubang Pada Bumper Belakang?

Salam semua,

Sejak kebelakangan ini aku selalu terserempak dengan kereta yang berlubang pada bahagian bumper belakang.
Kebanyakannya adalah kereta Honda Civic dan tidak kurang juga kereta Proton Wira. Aku terfikir jugak kenapa diorang buat lubang pada bumper tu? Adakah ini trend? Bukan ke perbuatan itu telah mencacatkan fizikal sebuah kereta? Sayang sekali kan bumper itu ditebuk buat lubang dan menampakkan bahagian dalam di sebalik bumber belakang. Pasti ada jawapan yang logik dan berteknikal di sebalik lubang yang dibuat itu.

Hole at Rear Bumper_Honda Civic

Aku cuba tanya pakcik google dan terjawablah serba-sedikit persoalan di mindaku selama ini. Secara asasnya, ia berkait rapat dengan teori aerodinamik sesebuah kereta ‘drag’. Kalian faham tak apa itu kereta drag? Senang cerita kereta yang terlibat di dalam perlumbaan di jalan yang lurus dan pada jarak dekat. Jadi lubang pada bumper belakang itu adalah untuk mengurangkan kesan ‘drag’. Ini adalah kerana sesebuah bumper itu bertindak seperti payung terjun yang berupaya memperlahankan kelajuan sesebuah kereta.

Aliran angin yang terperangkap di dalam bumper akan memperlahankan kelajuan sesebuah kereta. Fenomena ini biasanya disebut downforce. Jadi dengan adanya lubang itu ianya berupaya untuk mengalirkan udara atau angin yang terperangkap selancar yang boleh.

Itu serba sedikit yang dapat aku fahami melalui pembacaan aku dengan bantuan pakcik google. Jika ada antara kalian yang arif atau otai dalam bidang ni, harap sudilah berikan pendapat dan betulkan jika ada kesilapan di dalam huraian yang aku berikan di atas.

Adios…73.
MY said: Terlepas untuk menyaksikan Malaysia Drag Race di Taman Mount Austin pada 30 & 31 March 2013 yang lepas anjuran Liqui Moly. Hanya lalu dan tengok dari kejauhan saja dek masa yang tidak mengizinkan.

(12512)

48 thoughts on “Kenapa Ada Lubang Pada Bumper Belakang?

  1. suri

    buruk sungguh.lain klu kereta drift ke hee agaknya perlu.tpi sy bg sy beli kereta mahal2 pastu pi tebuok lubanga doi…tak sanggup..berani tanggung risiko

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      Kann…bukan tebuk bumper depan je…tebuk bumbung pun ada juga…nak tengok langit senang…kihkih…
      ada lagi trend terbaru…bumper belakang cabut terus…pastu spray color fluorescent…kuikui…

      Reply
  2. izlan

    Salam… betul tu bro.. cuma yang pasal downforce tu macam salah sikit.. memang buat lubang kat bumper untuk membiarkan angin yang terperangkap untuk keluar… cuma tindak balas tu bukan downforce.. secara asasanya aliran udara yang baik adalah laminar.. tapi aliran tersebut akan berubah menjadi turbulen dibahagian belakang kereta tak kira di bahagian atas atau pun bawah.. untuk bahagian atas kereta, penyelesaiannya adalah pemasangan spoiler… bahagian bawah pula, penyelesaian nya adalah dengan cara meninggikan sedikit bumper belakang atau pun membuat lubang dibahagian belakang..
    sekian…

    Reply

Leave a Reply to Luthfi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge