Kepentingan Cermin Blind Spot

Rasanya tentu kalian pernah tengok cermin kecil yang orang tampal pada cermin sisi kereta (side mirror). Cermin ni dipanggil cermin blind spot. Di sini, ingin sekali aku kongsikan tentang betapa pentingnya cermin blind spot ini. Mungkin sudah ramai yang pasang pada cermin sisi kenderaan masing-masing dan ramai juga yang belum memasangnya. Berkemungkinan ramai yang tidak mengetahuinya atau buat-buat tak tahu dan tak nak membazirkan duit membeli cermin itu.

Blind Spot mirror

Kenapa perlu pasang cermin blind spot?

Cermin blind spot ini dipasang pada cermin sisi kenderaan adalah bertujuan supaya kita menyedari kehadiran kenderaan lain di sisi pada sudut tertentu. Dalam keadaan biasa, kenderaan ini tidak akan kelihatan jika kita lihat pada cermin pandang belakang atau pun cermin sisi. Tetapi pada hakikatnya objek tersebut memang ada. Maka sebab itulah ianya dipanggil “blind spot” dan bukannya “blogspot”.Haha… Aku akan buat satu entry lagi yang akan menyentuh pasal blind spot ni dengan lebih details (jika ada masa lah).

Apakah yang boleh kalian nampak pada bahagian sisi jika tidak pasang cermin blind spot ni? Cer citer-cer citer. Boleh nampak ke tidak tayar belakang dan rim sukan 17 inchi kalian? Ha! Kalau pasang cermin ni kalian memang akan nampak tayar dan rim sukan belakang. Senang nak buat reverse parking dan boleh nampak tayar kat dalam petak parking atau tidak. Cubalah kalau kalian tak percaya?

Pada suatu ketika dulu, aku langsung tidak megetahui tentang cermin ni mahupun fungsinya. Pernah juga beberapa kali kereta yang datang dari sebelah kanan membunyikan hon apabila aku hendak menukar lorong dari kiri ke kanan. Malah hampir-hampir berlaku kemalangan. Jadi setelah aku mengetahui tentang betapa pentingnya cermin blind spot ini, aku akan pastikan cermin sisi kereta aku dipasang dengan cermin blind spot ini.

Cermin blind spot dekat jalopy aku

Cermin blind spot dekat jalopy aku

Kadang-kadang bila memandu kereta orang lain samada kereta company atau pun kereta sewa, aku akan merasa kurang selesa atau kurang berkeyakinan apabila hendak memotong atau menukar lorong. Jadi terpaksalah menoleh lebih sedikit bagi memastikan keadaan jalan betul-betul selamat.

Cerita di sebalik cermin sisi

Aku sudah beberapa kali juga beli cermin blind spot ni. Kalian tahu kenapa aku beli beberapa kali dan bukannya sekali je? Sebabnya adalah cermin sisi jalopy aku kena rembat (curi) walhal parking kat dalam kawasan saltmine aku kerja. Kali pertama terjadi (hilang sebelah kiri je) aku agak mesti ada yang gatal tangan dan telah umpil cermin sisi aku. Nak tak tak, kena beli kat kedai spare part cermin sisi yang baru. Lepas tu cermin blind spot pun kena beli jugaklah.

Kena rembat...cermin sisi sebelah kiri

Kena rembat…cermin sisi sebelah kiri

Cermin sisi...beli kat kedai spare part

Cermin sisi…beli kat kedai spare part

Selang 2 bulan lepas tu, perkara yang sama berulang lagi. Kali ini cermin sisi jalopy aku telah kena rembat kedua-duanya sekali (kiri dan kanan). Huh! Bertambah angin dan bengang aku. Dalam hati memang menyumpahlah. Siapa lah yang punya kerja ni? Member aku yang parking kat sebalah aku pun turut sama menjadi mangsa kehilangan cermin sisi. Memang sungguh misteri kes kehilangan cermin sisi kereta dekat dalam kawasan saltmine aku.

Kali kedua...kena rembat kiri dan kanan serentak

Kali kedua…kena rembat kiri dan kanan serentak

Sehinggalah suatu hari tu terbongkarlah misteri ini apabila mendapat maklumat yang mengatakan kecurian itu telah dilakukan oleh sang kera (monyet/beruk). Pada bahagian luar pagar ada kawasan semak dan pokok-pokok yang agak besar juga menjadi kawasan habitat beberapa ekor kera. Di situlah terjumpanya serpihan-serpihan kaca cermin sisi kereta yang telah dicuri selama ini. Setelah kerja-kerja pembersihan kawasan semak itu dilakukan, tiada lagi kes kecurian cermin sisi kereta dilaporkan.

Kalian agak kenapalah agaknya sang kera tu rembat cermin sisi? Pandai betul dia buka tanpa tinggalkan kesan pun. Aku rasalah mungkin dia terkejut apabila tengok kat cermin tu dia mendapati mukannya macam beruk 🙂 .

Murah je...RM3.90 dekat Econsave

Murah je…RM3.90 dekat Econsave

Moral of the story, aku menyarankan kepada kalian jika belum pasang lagi, molek benarlah pasang cermin ini pada hari ini juga. Kita boleh cuba elakkan kemalangan kereta yang tersayang. Tak mahal mana pun. Aku beli kat Econsave Desa Cemerlang baru RM3.90 je sepasang. Walau RM50 sekali pun tu kira murah lagi sebab jika kemalangan berlaku RM500 pun belum tentu cukup.

(7520)

About The Author

29 thoughts on “Kepentingan Cermin Blind Spot

  1. hafizmd

    Ambe belum pasang lagi. Nampaknya kena gi cari jugok benda ni, maklumlah kat kl ni org bawok kereta macam bawok kereta kebal…

    terima kasih boh info ni…kang rajin2 tulislan byk lagi psl cermin kecek ni..hehe

    Reply
  2. jal

    heheh baru jer belajar ri tu, ada titik buta yg memang kita tak nampak kereta disebelah tepi belakang kita, so nak kasi nampak cermin ni mmg patot digunakan.

    Reply
  3. fiezaradzi

    biasa tunggu jap dulu lepas bagi signal sebelum masuk lorong.. konfem kereta tak de la.. tapi bagus jugak ni, boleh bantu parking, memang bagus tu..

    ingt de entry macam mana pasang, ke main lekat2 je? biasa tgk de kereta pasang, ingt sesaje je.. haha

    Reply
  4. rosmaisara

    sedangkan monyet boleh bukak ikatan bungkusan roti gardenia tuh, jangan terkejut dia boleh kopak cermin kereta..hahaha..pakai tudung pun pandai tau..

    Reply

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *