Pemenang Giveaway Blog Penyu Biru dot com

Salam semua,

Siapa kata blogging tu tak seronok? Belum cuba belum try tahu. Tidak ku sangka-sangka, kerajinan aku semenjak dua menjak ni membuat blog walking (BW) ke blog rakan-rakan blogger akhirnya memberikan hasil yang sungguh bermakna. Pertamanya dapat menambahkan kenalan walaupun di alam maya. Keduanya adalah aku telah berjaya terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk giveaway daripada PenyuBiru iaitu berupa fridge magnet (FM) Singapore.

Kenapa aku terpilih sebagai salah seorang pemenang FM Singapore tu? Ini adalah kerana aku adalah merupakan top commentator di blog PenyuBiru pada ketika ownernya menulis entry ini.

Jadinya tak sia-sialah kerajinan aku mengikuti serta meninggalkan komen pada setiap entry yang Penyu Biru tulis. Perasaan seronok tu datang untuk terus berblogging apabila diberikan penghargaan seperti ini. Ini kiranya sebagai motivasi lah untuk diriku. Lepas ni kena selalu rajin buat BW.

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak buat PenyuBiru diatas pemberian ini. Harap-harap lepas ini ada lagi hadiah misteri dari tuan hamba ye 🙂 .

MY said: Alamat sudah pun diemail kepada PenyuBiru. Tak sabar menantikan FM tu…hehehe.

 

(2202)

6 thoughts on “Pemenang Giveaway Blog Penyu Biru dot com

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge