Peluang Buat Duit Di Blog Hati Putera

Salam semua,

Semasa jenjalan melawat blog rakan blogger Hati Putera, aku tertarik dengan satu entry bertajuk ‘Insentif Tunai Untuk Semua’. Aku baca dengan penuh kusyuk sekali untuk memahami isi kandungan entry itu. Setelah selesai membacanya, aku buat rumusan untuk entry saudara Hati Putera itu.

insentif tunai blog hati putera

1) Tujuan utama adalah untuk memberi penghargaan kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi blog beliau dan juga yang telah menyumbangkan sesuatu kepada blog Hati Putera.
2) Insentif itu terbahagi kepada 2 kategori:
i) Top Komentator
ii) Top Refferal

3) Bagi Top Komentator pengiraan untuk pemenang adalah berdasarkan jumlah komen tertinggi bagi setiap satu bulan. Ini paling senang ni. Sesiapa pun boleh menang asalkan rajin tinggalkan komen pada setiap entry. Tetapi apa yang penting adalah mesti berkait dengan artikel yang diterbitkan.
4) Manakala untuk Top Refferal pula, ianya berdasarkan kepada statistik dari google analytic yang mana menjadi penyumbang traffic terbanyak ke blog Hati Putera. Ini memerlukan sedikit teknik dan strategi dari blogger sendiri.
5) Hadiah ataupun insentif kepada pemenang adalah berupa wang tunai RM30 bagi setiap kategori. Jadi jumlah keseluruhan adalah RM60 tunai. Hadiah akan diberikan pada 10hb setiap bulan. Banyakkan jumlah tu? Siapa nak beri oii…

Jadi, apa tunggu lagi. Marilah pakat terjah blog Hati Putera sekarang juga. Ingat, jangan singgah je, tinggalkan jejak sekali (berkali-kali pun takpe) kat situ. Semoga berjaya!

MY said: Terima kasih kepada bro Hati Putera kerana memberi peluang ini.

(1721)

About The Author

22 thoughts on “Peluang Buat Duit Di Blog Hati Putera

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *