Category Archives: Apa-apa aje

Happy Birthday-33rd

Syukur,Alhamdulillah.Maka hari ini genaplah umur saya 33 tahun.Entri ini memang semata-mata untuk memberitahu kepada anda semua bahawa hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran saya. Di samping itu juga untuk mengingatkan diri saya sendiri yang usia saya semakin meningkat.Semakin menghampiri pertengahan 30-an.

Tiada apa-apa yang ingin diucapkan atau diperkatakan di sini melainkan ucapan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya masih lagi berupaya menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam ciptanNya di atas muka Bumi ini.

Semoga dengan peningkatan usia ini saya akan lebih matang di dalam membuat keputusan atau penilaian.

InsyaAllah….amin.

 

 

(907)

Penghijrahan Saltmine

Bermula pada 5hb January 2011 lepas,saya telah memulakan kerjaya di saltmine yang baru.
Setelah lebih kurang 5 tahun di saltmine yang lama,akhirnya saya telah mengambil keputusan untuk berhijah ke saltmine ini.

Selamat tinggal buat bidang pembuatan pencetak terutamanya pencetak Hewlett Packard (HP). Kini saya mula berkenalan dengan dunia pembuatan penyedut hampagas. Jenama yang terkemuka di dunia iaitu Dyson.

Walaupun bekerja dalam bidang pembuatan produk yang berbeza,namun konsep dan bidang kerja masih lagi sama. Namun di saltmine baru ini saya perlu banyak mempelajari perkara-perkara baru dan sedikit berbeza jika dibandingkan dengan saltmine yang dulu.

Jika dulu bikin pencetak (printer)…

Tapi kini bikin penyedut (vacuum cleaner)…

Seronok sungguh dengan produk ini…setelah hampir 10 tahun bergelumang dengan dunia pembuatan printer HP.Berbagai-bagai pengalaman telah ditimba. Di sana juga saya membina kerjaya saya,daripada jawatan pembantu kejuruteraan (Engineering Assistant) sehinggalah sampai kejawatan Jurutera Pembuatan (Manufacturing Engineer).

Semoga di saltmine baru ini saya akan memperolehi pengalaman yang lebih berguna dan juga dapat meningkatkan kemahiran kerja dalam diri saya.InsyaAllah…

(1249)

Permulaan Tahun 2011:Pendaftaran Tahun 1 Danial

Lama betul saya tidak update blog triplej ni. Ini adalah posting pertama saya untuk tahun 2011 ni. Banyak betul perkara-perkara yang perlu saya update kat sini tetapi telah ‘terbuang’ begitu saja.
Tahun 2011 saya bermula dengan pendaftaran kemasukan tahun 1 anak sulung saya Akmal Danial di Sek.Keb.Jeram Tekoh (SKJT) ,Gua Musang.
Pada asalnya saya telah mendaftarkan Danial untuk tahun 1 di Sek.Keb. Taman Bukit Tiram,Ulu Tiram,Johor, tetapi di atas sebab-sebab tertentu saya telah memohon penukaran sekolah ke SKJT.
Tiada apa-apa masalah buat Danial kerana dia memang terlalu excited untuk memasuki alam persekolahan. Dengan diiringi semangat baru,baju baru,kasut baru,beg baru dan buku baru. Senang cerita serba baru lah. Keceriaan jelas terpancar pada wajah Danial. Suasana persekolahan yang baru, ditemani rakan-rakan lama semasa di sekolah tadika dulu dan juga rakan-rakan baru yang mungkin datang dari tempat lain-lain.
Pagi itu selepas siap sesi pendaftaran, Danial ditempatkan di kelas sementara 1 Bijak. Baru-baru ini saya ada telefon Danial dan dia beritahu yang dia dah pun ditempatkan di dalam kelas 1 Bestari untuk kelas tetapnya. 
Macam biasalah,Danial seorang yang agak pendiam cuma duduk di tempatnya tanpa berkata apa. Kemudian saya pergi ambil buku teks dan pergi beli buku tulis di koperasi sekolah.
Belum sampai tengahari cikgu telah memberi kebenaran untuk pulang ke rumah. Hari pertama di sekolah hanyalah untuk sesi pendaftaran dan pengambilan buku teks serta membeli buku tulis. Pembelajaran di dalam kelas belum lagi bermula.
Semasa pulang sempat lagi Danial berposting di depan pintu masuk sekolah. 

(821)

Cerita di sebalik Papan Tanda

Antara sedar dan tak sedar, sebenarnya sudah 6 tahun lebih saya bekerja di *saltmine ini. Itupun jika dicampur bilangan tahun setelah 3 kali keluar masuk.Ha ha ha…

Entah mengapa hari ini semasa pergi ke surau,papan tanda yang dipasang pada dinding kantin menarik perhatian saya.Sebenarnya surau di saltmine saya ni ada 2 buah. 1 terletak di bahagian Production dan 1 lagi di dalam kawasan kantin. Surau yang saya nak ceritakan ni adalah yang terletak di dalam kawasan kantin.
Padahal,tiap-tiap kali ke surau ni saya pasti tengok papan tanda ni. Hari ini entah macam mana terlintas di benak fikiran saya untuk menulis pasal papan tanda ni.

Cuba anda lihat papan tanda  di bawah ni. Apa yang anda fikirkan? Kongsikan pendapat anda pada bahagian komen ye…

Pasti ramai yang berkata,”Weh!Surau pun ada untuk VIP dan tak VIP ker?!”
Padahal,surau adalah tempat untuk beribadah. Tempat kita umat Islam menunaikan sembahyang. Tak kira kita ni VIP ker,VVIP ker,GM ker,Engineer ker,operator ker,kerana di sisi Allah semua sama sahaja.
Apa motif sebenarnya ayat pada papan tanda surau ni?Siapakah yang buat papan tanda ini?Adakah ini perang psikologi buat kita orang Islam?

Cuba renung-renungkan dan selamat beramal…

*saltmine = tempat kerja,satu lagi slang di dalam radio amatur.

(611)