Tips Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Downlight

Kepala Downlight

“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.

Peribahasa di atas langsung tiada kena-mengena dengan tajuk entri kali ini. Malah aku juga tidak akan menjelaskan dengan lebih lanjut apakah maksud peribahasa itu.

Di dalam entri yang lepas, aku ada menyatakan yang aku akan berkongsi tentang tip bagaimana untuk memanjangkan jangka hayat downlight (lifespam) yang kita pasang. Sebenarnya tip ini simple saja, iaitu semudah 1,2,3 atau ‘kacang’ je orang kata.

  1. Jangan pegang pada bahagian berkaca dengan jari atau tangan secara langsung. Gunakan alas seperti kain ataupun kadbod yang disediakan bersama downlight. Ini adalah kerana untuk menghindari peluh,minyak atau kotoran pada jari melekat pada bahagian kaca yang mana akan mempercepatkan kerosakan downlight.

    Bahagian bertanda merah tidak boleh dipegang dengan tapak tangan

  2. Sebelum memasang downlight pada soket di sumber kuasa, tarik sedikit pin/spring dengan pelayar muncung tirus ataupun pemandu skru supaya ianya lebih terbuka. Ini adalah kerana untuk memastikan kepala downlight dapat menyentuh dengan baik sekali pin itu.

    Pin/spring pada soket yang perlu ditarik/buka

  3. Setelah downlight dipasang, pastikan ianya dimasukkan dengan sepenuhnya dan tidak longgar. Pusingkan downlight sehingga betul-betul ketat. Sebab itu tip nombor 2 di atas mesti dibuat kerana ia akan menjadikan pemasangan downlight lebih sempurna.

Tujuan utama menarik pin/spring pada soket adalah untuk memastikan penyambungan antara downlight dengan sumber kuasa sangat kuat dan untuk mengelakkan sambungan intermittent terjadi. Jika ada kerenggangan akan berlakunya power spark. Kekerapan kejadian power spark akan menyebabkan jangka hayat downlight berkurangan.

Huh!Susah jugak nak terangkan benda ni dalam susunan ayat. Itu yang bercampur aduk BM dan BI tu. Diharapkan kalian fahamlah yer apa yang aku cuba kongsikan di sini. Jika masih tidak dapat tangkap silalah hubungi aku ataupun luahkan pada bahagian komen di bawah.

(2575)

12 thoughts on “Tips Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Downlight

Leave a Reply to hafizmd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge