Selamat Hari Lahir dan RAE 2012 Siri 2

34 tahun

Salam semua,

Hari ini genap umurku 34 tahun. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya aku masih lagi dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Apa agaknya yang istimewa pada hari ulang tahun kelahiranku tahun ini? Tiada apa-apa yang istimewa rasanya. Cuma aku telah mengambil cuti sempena hari ulang tahun kelahiran aku ini. Kenapa? Nak celebrate dengan family ke? Huhu…

Takdalah, aku ambil cuti kerana hari ini aku telah ke Melaka untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur (RAE). Peperiksaan ini telah di adakan di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Aku pergi satu family sambil-sambil bawak XYL dan harmonics jalan-jalan.

RAE bermula pada pukul 2.00 petang. Berdebar-debar jugak masa duk dalam dewan. Maklumlah dah lama aku tak menduduki peperiksaan ni. Last sekali seingat aku masa final exam kat UiTM dulu.

Peperiksaan tamat pada pukul 5.00 petang tapi aku keluar pada pukul 4.30 petang. Awal 30 minit dari masa yang diberikan. Nak buat macam mana, aku tengok dah ramai calon-calon yang keluar dewan. Ada yang keluar selepas 1 jam peperiksaan berjalan. Teror betul mamat tu boleh siap jawab 100 soalan dalam masa 1 jam.

RAE ni mempunyai 100 soalan objektif. Senang cakap, ABCD lah jawapannya. Cuma pilih je satu jawapan. Soalan-soalan dalam dwibahasa. Bahasa Inggeris (BI) dan Bahasa Melayu (BM). Aku cuma baca soalan yang dalam BI je sebab tak berapa faham soalan dalam BM. Hahaha…

Banyak jugak soalan yang aku tak tahu jawapan dan hentam keromo dengan bergayanya. Kalau ada dadu mahu jugak aku lambung 🙂 . Serious aku cakap, aku study pun lebih kurang je. Nota tak baca habis. Contoh-contoh soalan pun tak sempat nak buat. Hanya sempat baca sepintas lalu je. Harapkan soalan elektrik dan elektronik je lah yang sememangnya formula duk dalam kepala sentiasa. Bab teori komunikasi memang ke laut lah aku.Huhu…

my harmonics @planetarium

Harmonics ku sempat berpossing

Berdoa saja lah semoga aku lulus RAE ni. Kalau tak nampak gayanya 9W2 belum boleh aku milikilah. Kena tunggu lagi 6 bulan lah untuk ambil RAE yang seterusnya. Apa-apa pun pengalaman menduduki RAE memang sungguh membanggakan aku. Semoga aku berjaya dalam RAE ni. InsyaAllah…

 

(2688)

About The Author

15 thoughts on “Selamat Hari Lahir dan RAE 2012 Siri 2

  1. Hafizul

    18 disember hari jadi demo?selamat hri lahir yang ke 34 la boh..mudo lagi tuh..haha..dan selamat lulus peperiksaan..demo meme minat bedo’oh menda ni..haha..kawe doa deh..Ya Allah berikanlah kejayaan untuk saudara hamba ni yusri lulus peperiksaan dengan jayanya dan seterusnya mendapat 9W2 idaman beliau..aminnn..hehe

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      19hb 12 1978 boh…entri ni adalah backdate posting…haha…bizi yg amat…huhu
      Kawe minat sungguh boh dengan RA ni…terima kasih boh atas doa yang diberikan tu…segala jasa baik demo hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh membalasnya…

      Reply
      1. Hafizul

        Bereh2..kawe suko tgok saing2 berjaya..saing2 gumbira..biarlah kawe derita sikit tak apo demi saing2..derita banyak, kawe bakar hidup2 la saing tu…hahahaha…

        Reply
  2. Pingback: Keputusan Peperiksaan Radio Amatur RAE 2012-2 | Blog Yusri

  3. Pingback: Keputusan Rasmi Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 2012-2 | muhamadyusri dot com

  4. Pingback: Selamat Hari Lahir Danial | muhamadyusri dot com

  5. Pingback: Selamat Hari Lahir Buat Aku | muhamadyusri dot com

  6. Pingback: 5 Tip Untuk Lulus Peperiksaan Radio Amatur | MUHAMADYUSRI DOT COM

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *