e-Filing:Mudah,Tepat dan Selamat

 lhdn

Salam semua,

Kalian dah buat e-Filing? Masuk tahun ni, sudah 3 kali aku submit e-Filing di laman sesawan rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kalian pasti sedia maklum tentang e-Filing kan? Bagi mereka yang belum tahu, e-Filing adalah satu kaedah mengisi dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik melalui internet.
Secara umumnya e-Filing terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1) Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
2) Tiada Punca Pendapatan Perniagaan

2 bahagian ini adalah yang biasa diisi oleh rakyat di Malaysia.

Macam aku ni, sudah pastilah isi borang yang nombor 2 tu.

e-BE 2012

e-filing LHDNM

Aku telah pun isi dan submit e-Filing pada 31hb Mac 2013 bagi pendapatan tahun 2012.
Hasil daripada perkiraan itu, adalah sedikit jumlah Cukai Terlebih Bayar. Walaupun tak berapa banyak tapi adalah jugak rezeki tu hasil daripada Potongan Cukai Bulanan (PCB).

Alhamdulillah. LHDN sekarang bertambah efektif di dalam melaksanakan tugasan pembayaran balik cukai terlebih bayar. Dalam masa seminggu saja, amaun itu sudahpun didepositkan ke dalam akaun bank yang aku berikan semasa mengisi e-Filing tu. Kiranya ini sebagai bonus jugaklah walaupun ianya adalah hasil dari titik peluh kita sendiri tetapi disimpan sementara oleh LHDN.

Jadi kepada mereka yang belum lagi menghantar e-Filing tu silalah buat cepat-cepat ye. Manalah tahu ada rezeki menyebelahi kalian.
Tarikh akhir penghantaran borang dan bayaran baki cukai adalah seperti berikut:

1) Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
30 Jun 2013
2) Tiada Punca Pendapatan Perniagaan – 30 April 2013

Link untuk ke laman sesawang LHDNM, sila klik : LHDNM
Link untuk mengisi borang e-Filing, sila klik : Borang e-Filing

Selamat mengisi dan menghantar borang e-Filing. Semoga ada rezeki buat kalian.

(3506)

18 thoughts on “e-Filing:Mudah,Tepat dan Selamat

        1. muhamad yusri Post author

          mase deme buat taksiran tu memang ada lebihan bayaran cukai ke?
          kalu ada deme gi je LHDN, ghepok sikit puok dia…hari tu jugok deme buleh dapat cek…
          member ambe pernoh buat…

          Reply

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge