Sedikit Info Tentang Jelly Bunny

Jelly Bunny.

Apa benda ni? Sumi Jelly manis dikacukkan dengan Bugs Bunny ke apa? Macam sedap je. Macam best je…haha. Sebenarnya aku baru je dengar pasal ni. Itu pun sebab XYL aku yang duk selalu cerita pasal benda ni dan juga ada orang duk share kat FB. Benda apa sebenarnya Jelly Bunny ni? Senang cerita Jelly Bunny ni adalah satu jenama kasut yang diperkenalkan oleh Injected Republic (Thailand) Co.,Ltd. Pada tahun 2011. Kasut diorang ni diperbuat daripada material semi-transparent.

Selesa ke pakai kasut ni? Aku tak tahu sebab aku tak pernah pakai kasut ni. Dah la ini kasut pompuan. Tapi rata-rata komen daripada mereka yang pernah pakai mengatakan kasut ni adalah yang paling selesa dalam banyak-banyak kasut.

Kasut Jelly Bunny

Sumber:Google Image…Kasut Jelly Bunny

Kasut Jelly Bunny ni didatangkan dari Thailand dengan pelbagai design. Ada pelbagai potongan dan juga saiz. Setiap design juga mempunyai nama yang unik juga.

Meh tengok kenapa kasut Jelly Bunny ni teramat selesa.

1) Ianya diperbuat daripada material PVC berkualiti tinggi. Amat sesuai untuk mereka yang suka berjalan-jalan dan juga bersantai sambil makan angin tak kira hujan atau panas, siang dan malam.

2) Reka bentuk pembuatannya, acuan kasut ini seakan mengikut bentuk kaki korang. Jadi kaki korang akan memenuhi keseluruhan ruang dalam kasut itu.

Tak nak cerita panjang lagi pasal Jelly Bunny ni. Sebabnya dekat Johor belum ada lagi butik dia.

Kat bawah ni adalah kedai atau butik Jelly Bunny di Malaysia:

Suria KLCC
Lot CL50D, Level Concourse
Tel. 03-2162-0466

Mid Valley Megamall
Lot F56, 1st floor
Tel. 03-2284-2066

One Utama Shopping Center
Lot LG206, Lower Ground Floor
Tel. 03-7722-4066

Dataran Pahlawan Mall Malacca
Lot BS-13, Ground Floor
Tel. 06-286-4066

Queensbay Mall
Penang 1st floor
Tel. 04-641-2535

Zest Point ZP-03-01
First Floor, BK9 Bandar Kinrara, Puchong
Tel. 011-1259-7026

Sunway Pyramid
Lower Ground Floor 1
Tel. 03-5621-0331

Jika korang nak tahu lebih lanjut bolehlah pergi ke
Facebook Jelly Bunny dan juga Official web site Jelly Bunny.

MY said: Sape yang pernah pergi kedai kasut Jelly Bunny ni? Cer komen sikit… 🙂

(4626)

About The Author

20 thoughts on “Sedikit Info Tentang Jelly Bunny

  1. Pingback: Kasut Jelly Bunny Sudah Sampai. | MUHAMADYUSRI DOT COM

  2. LINDA

    yess.. saya da ada dua pasang kasut jelly bunny .. memang selesa + murah …selalu kasut yg jenis PVC ni dia makan kaki .. tapi yg ni memang x.. saya memang pakai hari2 .. pegi kerja, jalan, pegi pasar…

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      oh ye ke?kiranya peminat jelly bunny juga lah ni ye…
      sekarang butik jelly bunny dah ada kat Johor Bahru…
      Pernah pergi sekali belikan kasut untuk puteri kembar dan wife saya…suka sangat diorang..huhu

      Reply

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *