Dari Jemapoh ke Manchestee

Hari minggu yang lalu tiada apa-apa aktiviti luar yang ingin dilakukan. Lantas saya membelek-belek VCD dan DVD di dalam koleksi yang lama-lama. Lalu terjumpa satu VCD yang saya beli pada tahun 2001 bertajuk ‘Dari Jemapoh ke Manchestee’. VCD ini merupakan favourite saya dan masih tersimpan elok di dalam covernya.

Filem ini merupakan sebuah filem arahan Hishamuddin Rais, terbitan Pitcairn Films,Paya Dara & Halim Sabir Productions. ‘Dari Jemapoh ke Manchestee’ mengisahkan dua orang anak muda dari sebuah kampung di Negeri Sembilan dalam perjalanan ke England untuk mencapai impian masing-masing iaitu untuk mencari bapa salah seorang daripada mereka serta menonton perlawanan bola sepak liga Eropah. Ketika itu pemain pujaan mereka adalah George Best yang mewakili pasukan Manchester Uni-ted.

Dalam perjalanan itu,banyak pengalaman pahit manis yang terpaksa ditempuhi. Mereka menempuh pelbagai rintangan yang amat berharga. Jalan cerita filem ini sungguh menarik dan tidak terikat dengan genre kebanyakan filem tempatan. Lagu-lagu di dalam filem ini kebanyakannya diambil dari kumpulan muzik underground seperti Carburetor Dung (turut beraksi dalam gig filem ini), Subculture, Republic of Brickfields, Babushka dan Koffin Kanser. Lagu ‘La O Be’ Kassim Selamat dari kumpulan The Swallow menjadi lagu tema untuk filem ini.

Pada tahun 2008 ketika masih lagi menuntut di UiTM Shah Alam, saya ada membeli kaset soundtrack filem ini. Sayangnya kaset ini telah hilang dirembat orang ketika pulang bercuti pada pertengahan semester.Banyak lagu-lagu menarik di dalam soundtrack ini.

Filem ini telah menyertai:

  1. Singapore International Film Festival 1998
  2. Stockholm International Film Festival 1998 (Sweden)
  3. International Film Festival Rotterdam 1998 (Holland)
  4. Munchen Filmuseum 1998 (Germany)
  5. Berlin Film Festival 1998 (Germany)
  6. Splitski Filmski Festival 1999 (Crotia)
  7. Jakarta International Film Festival 1999

Selepas filem ini, saya masih tertunggu-tunggu karya terbaru daripada Hishamuddin Rais yang begitu popular dengan blognya Tukar Tiub. Namun belum ada lagi filem terbaru dari beliau.

(980)

About The Author

6 thoughts on “Dari Jemapoh ke Manchestee

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *