Buah Kemunting Menggamit Memori

Buah Kemunting

Lama sungguh rasenya aku tak makan buah kemunting ni. Aku sendiri pun sudah lupa bila last sekali aku jumpa dan dapat makan buah ni. Korang kenal ke tidak dengan buah kemunting ni? Kalau kenal, ce citer…ce citer… 🙂

Apabila bercerita tentang buah kemunting ni aku pasti akan teringat memori pada zaman kanak-kanak. Semasa kecil daripada umurku tadika sehinggalah darjah 4, aku tinggal dengan nenek aku di kampung. Maknanya aku bersekolah dan membesar di kampunglah.

Semasa di kampung aku selalu pergi melastik burung atau memancing di belakang rumah nenekku bersama-sama dengan kawan-kawanku. Sebenarnya di belakang rumah nenekku ada sebatang sungai yang tak berapa dalam mana pun dan ada lah kawasan semak atau belukar kecil yang dipenuhi dengan pokok-pokok hutan semulajadi. Di situlah biasanya aku dan kawan-kawan akan berebut-rebut kegirangan memetik buah kemunting.

Lepas petik kitorang akan hitung dahulu untuk tengok siapa yang paling banyak dapat buah. Kemudian siapa yang dapat paling banyak akan merasa bangga yang tak terkatalah 🙂 . Kemudian kitorang akan makanlah buah tu satu persatu.

Buah kemunting ni manis rasanya. Aku tak pernah pulak jumpa kat pasar atau kat gerai buah ada jual buah kemunting ni. Kiranya boleh dikategorikan sebagai buah-buahan liar jugalah sebab pokoknya tumbuh melata tanpa perlu ditanam. 

Sekarang ni, rasanya susah sikit nak jumpa pokok kemunting ni. Tapi kalau rajin masuk belukar atau kat dalam semak kemungkinan besar boleh jumpa pokok ni. Ada juga penggemar buah-buahan seperti kemunting ni menanam pokoknya di halaman rumah. Jika kena dengan gaya, hidup subur juga pokok kemunting ni. Jadi bolehlah melihat dan merasa buah kemunting tanpa perlu susahkan diri untuk masuk ke dalam semak ataupun hutan demi mencari buah kemunting.

(927)

About The Author

4 thoughts on “Buah Kemunting Menggamit Memori

Leave a Reply to GreenLava Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *