Top Komentator Bulan Ogos 2014

Diam tak diam sedar tak sedar,kini sudah pun memasuki bulan September.Sweet September.Sweet ker???Apa yang sweetnya?Kita tunggu dan lihatlah apa yang bakal berlaku.Harapnya memang sweet-sweetlah belaka.Hu hu hu.

Bulan Ogos.Ya, ianya sudah pun berlalu.Apa yang pastinya ia tidak akan berulang kembali.Terima dan redha sajalah apa yang terjadi.Perkara yang baik harus dikekalkan dan ditambah baikkan lagi.Manakala perkara yang kurang baik wajib dijadikan sempadan dan dijadikan iktibar agar tidak berulang kembali pada masa akan datang. Continue reading

(1659)

Selamat Menyambut Hari Lahir Sayang.

Ya.
Hari ini 3.09.2014 adalah hari ulang tahun kelahiran isteriku yang tercinta.

Selamat menyambut hari lahir sayang.
Kini,usia mu kian meningkat. Tahun demi tahun. Begitu jualah cintaku pada mu.
Semakin hari semakin kuat dan ketat. Semoga ianya kekal hingga ke jannah.
Hu hu hu.Jiwang karat sikit. Continue reading

(2545)

Hari Merdeka Malaysia ke 57

Salam merdeka,salam hari kebangsaan yang ke 57 tahun buat negaraku Malaysia tanah tumpahnya darahku.Sambutan hari merdeka sudah pastinya sinonim dengan kibaran Jalur Gemilang iaitu bendera kebanggaan kita.Di situ terletaknya maruah bangsa dan negara kita.Jadi tidak sah kalau jalur gemilang ini tidak dikibarkan.Tidak kiralah di mana-mana jua sekalipun.Di rumah-rumah kediaman,di bangunan pejabat,sekolah mahupun kenderaan.

Aku turut mengambil bahagian dengan memasang jalur gemilang di jalopy ku sebagai tanda sokongan dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka.Korang pulak buat apa sempena hari merdeka kali ini yang temanya Di sini Lahirnya Sebuah Cinta. Continue reading

(1116)

Khasiat Pucuk Kacang Botol

Kacang botol buat ulam ketika makan nasi memang best kan? Cicah dengan sambal belacan ataupun juga dengan budu. Tapi ramai yang tak tahu bahawa pucuk kacang botol juga banyak khasiat dan kegunaannya dalam perubatan.

Pokok kacang botol adalah sejenis tumbuhan sayuran yang tumbuh secara memanjat. Tak susahpun nak tanam pokok kacang botol ni. Ambil je biji benih dan timbus dalam tanah. Rajin-rajinlah siram dengan air. Memang mudah tumbuh dan membesar pokok kacang botol ni.

Pucuk kacang botol

Pokok Kacang Botol

Continue reading

(5273)