Fikiran ku buntu dek ketandusan mencari idea, entri apakah yang hendak dikongsikan di MY dot com pada hari ini? Kekadang ilham untuk menulis blog ini datangnya secara spontan. Ianya memang tidak boleh dipaksa-paksa sangat. Jika tidak memang boleh migraine kepala otak ni. Jadi andai kata idea atau pun ilham itu tiba-tiba datang, cepat-cepatlah buat catatan atau pun rekod pada mana-mana buku nota atau pun diari. Malah sekarang ni semuanya serba canggih. Ada smartphone, tablet, PDA dan seangkatan dengannya memudahkan untuk buat catatan. Jika berkesempatan untuk terus menaip di blog lagi bagus. Boleh terus publish entri itu. Tak pun paling tidak boleh simpan dulu sebagai draft untuk entri blog.
Hari ini semasa pulang dari kerja, dalam pada kepala ni duduk asyik berfikir mencari idea, tiba-tiba terperasan akan pohon-pohon kecil di tepi-tepi jalan. Terpandanglah pohon-pohon seperti senduduk, resang, lalang, kapal terbang dan macam-macam lagi. Tak tahulah kenapa pohon-pohon renek itu boleh menarik perhatianku. Padahal hari-hari duk lalu ikut jalan yang sama je. Kebiasaanya kalau time-time petang balik kerja, selain memikirkan pasal kesesakan jalan yang semakin hari semakin teruk, mataku memang akan senantiasa melilau melihat dari kejauhan kot-kot ada penguin yang membuat jaringan. Kekadang tak pakai seat belt, masa tu lah menggelabah tak tentu pasal dan baru nak tarik seat belt. Tahu gak takut kena saman. Nak pakai awal-awal bukan main liat lagi. Dan-dan time tengah gelabah, seat belt pulak sangkut tak boleh nak tarik. Memang tahu-tahu je kat depan tu ada jaringan. Biasa OK jer.
Berbalik kepada cerita pohon-pohon di tepi jalan yang aku ceritakan di atas tadi, dalam banyak-banyak pohon tu aku tertarik untuk membuat satu entri berkenaan pohon kapal terbang. Kalian kenal ke tidak pohon kapal terbang? Pasti ramai yang tak tahu akan kewujudan pohon kapal terbang ni kan? Dan aku percaya pasti antara kalian juga ada yang mengenali pohon ini.
Kenapa namanya pohon kapal terbang?
Pada pendapat aku lah, orang dulu-dulu memangilnya pohon kapal terbang mungkin kerana rupa bentuk daunnya yang seakan-akan bentuk kapal terbang. Aerodinamik gitu. Tetapi ianya langsung tak ada kena mengena dengan pesawat Boeing, concorde, sukhoi dan juga blackhawk. Aku rasa anggota kumpulan Pesawat yang sangat popular dengan lagu ‘Yang ku Mahu’ dalam iklan Twisties dan ‘Excuse Me’ pun tak ada kena-mengena dengan daun kapal terbang ni. Malah diorang kenal pun tidak dengan pohon kapal terbang ni 🙂 .
Apa Kegunaan dan Keistimewaan Daun Kapal Terbang ni?
Aku suka berkongsi di sini pengalaman aku sendiri selama aku kenal dengan pohon kapal terbang ini. Aku dari kecil lagi memang tinggal di kampung. Jadi kehidupan ku adalah dalam suasana kampung. Sedikit sebanyak masih aku ingatlah petua-petua ataupun amalan orang tua-tua di kampung.
Pertama sekali kegunaan daun kapal terbang ini adalah sebagai ubat untuk luka-luka pada anggota badan. Semasa kecil dulu, seronok sekali dapat main basikal. Orang tua-tua kata, kalau nak pandai bawa atau naik basikal, kita mesti jatuh dahulu. Maksudnya semasa mula-mula belajar nak bawa basikal, jatuh dari basikal atau pun terbalik basikal tu adalah kemestian. Dah jatuh nanti pandailah lepas tu nak bawa basikal. Kita memang percaya aje apa yang orang tua-tua cakap. Padahal diorang tak nak kita berputus asa semasa belajar tu walaupun gagal dahulu.
Aku belajar naik basikal masa kecil dulu pakai basikal tua kepunyaan atuk aku dan juga pakcik aku. Dahlah besar basikal tu, ada batang pulak di tengah-tengahnya. Jadi menyelitlah kaki ikut bawah batang tu. Nak duduk atas pelana, jangan haraplah. Memang jauh panggang dari api. Punyalah susah nak pandai naik basikal. Aku terjatuh dan terbalik basikal memang tak terkira banyaknya sebelum pandai bawa basikal dengan bergayanya. Akibat terjatuh dari basikal tu, aku mengalami luka yang agak teruk juga lah pada bahagian kepala lutut. Teringat akan pesanan orang tua-tua, aku terus mengambil daun kapal terbang beberapa helai dan gumpal-gumpalkannya dengan sedikit air lalu dilumurkan pada luka tadi. Pedih memang tak ingatlah pada saat terkena pada luka tu. Kemudian ambil sedikit kain lalu ikat dengan kemas supaya daun kapal terbang itu melekat pada bahagian luka. Alhamdulillah, pendarahan pada luka dapat dihentikan dengan cepat sekali.
Kegunaan yang kedua daun kapal terbang ini ialah sebagai agen untuk mempercepatkan proses pemeraman buah-buahan seperti pisang dan ciku. Caranya ialah masukkan daun kapal terbang ke dalam guni atau karung yang telah diisi dengan buah-buah tadi. Ikat guni atau karung itu supaya ianya tidak terbuka. Biarkan beberapa hari sehingga buah-buahan itu cukup masak dari pemeraman. Memang berkesan sekali kerana dengan cara ini tempoh untuk proses pemeraman buah-buahan dapat disingkatkan. Jika kebiasaan tempoh adalah 7 hari, tapi jika dimasukkan daun kapal terbang ini, tempohnya hanyalah antara 3-5 hari sahaja.
Jadi itulah serba-sedikit pengalaman serta cerita aku dulu-dulu dan juga perkongsian tentang kegunaan dan keistimewaan daun dari pohon kapal terbang di dalam kehidupan kita seharian. Semoga bermanfaat dan diharapkan kalian tidak bosan membaca karanganku ini sehingga ke titisan barisan ayat yang terakhir.
Terima kasih.
MY said: Bersesuaian tak tajuk Aku, Basikal dan Daun Kapal Terbang dengan karangan aku.Hehehe…
(4584)
About The Author
penah tgk dan dgr nama dia, tapi bab pengeraman tu mmg tak tau la.. dulu buat main masak2 je.. ahhaa..
haha…betul tu…bebudak pompuan memang suka main masak-masak guna daun sebagai sayuran.
Hehehe..demo po beso jah boh main masok2..haha
beso boh…main kawin-kawin pun beso…haha
tak pernah tgklah daun ni
senang jumpa kat semak-semak tepi jalan…
Ni la baru pertama kali dengar daun kapal terbang ni. Kalau jumpa ni memang tak kenal la. Hehe
lepas ni mesti kenal kan?hehe
selalu juga nampak daun ni cuma tak tau nama dia hehe
haha…yer bro,pokok ni senang nak jumpa kat mana-mana.
meme sesuai sekali tajuk demo tu..panjng molek karangan..kalau masuk tanding wak karangan ada harapan nok mene..hehe..jgn mrh kawe gura jah..haha..daun kapal terbang kawe tahu wak ubt luko jah..tapi bab peram memeram ni dop ajin try lagi..kalau jupo tepi2 semak samun kawe nak ambik ahh…ado pise setandan tu …
nyo mari angin molek,buleh lah buat karange panje sikit lebih dari 80 patoh perkataan.haha
hah molek…demo acu tra pere pise tu dgn daun kapal terbang…lepas ni demo royat kawe lagumano result dio..huhu
Bereh2..tapi kawe dop janji deh..kalu ado jupo daun kapal terbang ni, kawe wak la..haha..pise jela ada lagi tuh…
Molek benar doh tuh..
Memang kelah karangan bro yusri kita…terbaik!
hahaha…karangan biase-biase je bro…time angin molek tu…
ciktom pernah sekali je update gn note..pastu rs kurang best..huhu..
xsuka bau daun kapal terbang tue.busukk
yerlah cik tom…masing2 ada cara tersendiri nak update blog…
betul tu…bau dia memang tak sewangi daun pandan atau serai…hehe…
Hok dop wangi tulah hok hebatnya..ko guano?hahaha
haha…yer doh tu…
hai bro,
daun ni sangat berguna untuk rawatan luka atau disengat.. selalu guna masa dulu2
yer bro…sebagai alternatif kepada ubat moden…huhu
Pjg molek karangan ni. Terer terer!
Ambe tau daun ni utk luka2 jah…hok lain tu, mmg baru tau hari ni…terima kasih boh!
kalu deme dok tahu daun ni dok tahu lah ambe nok kabo rane deme…haha…lame doh dok peram pisang boh…leni main beli hok buleh makang lalu je…
ada juga daun kapal terbang rupanya. baru tahu hari ini.
Dau kapal terbang memang banyak gunanya.
Saya suka amik daunnya dan hidu. Heheheh
haha…buleh pulok demo hidu bau dio…
Pingback: Komen Ada Had Jugak Ke? - Pondok Kecil
Pingback: 10 Blog Pilihan Terbaik | HAFIZMOHD.COM
Pingback: Selamat Hari Lahir Danial | muhamadyusri dot com