Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri Kedua 2012

Radio Amatur Examination 2012-2

 Pada 2 Oktober 2012 lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan tentang  Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri Kedua bagi tahun 2012. Butiran lengkap berhubung peperiksaan ini adalah seperti berikut:

Siri Peperiksaan:RAE 2012-2
Tarikh dan Masa Peperiksaan:19 Disember 2012 jam 2.00 petang
Tarikh Tutup Permohonan:19 Oktober 2012 jam 5.00 petang
Pusat Peperiksaan (Wilayah):Utara,Tengah,Selatan,Timur,Sabah dan Sarawak.

Permohonan boleh dibuat secara online atau pun secara manual dengan menggunakan borang permohonan bercetak. Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi SKMM di www.skmm.gov.my atau di URL http://sems.skmm.gov.my. Borang bagi permohonan secara manual boleh juga diperolehi dari laman sesawang rasmi SKMM dan di semua pejabat SKMM.

Yuran bagi peperiksaan ini adalah RM50.00. Jika permohonan secara online, pembayaran yuran boleh dibuat secara pemindahan wang. Manakala permohonan secara manual perlu dijelaskan melalui Wang Pos Malaysia, Kiriman Wang atau Deraf Bank atas nama ‘SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA’.

Jadi kepada semua yang berminat untuk mendapatkan lesen radio amatur terutama Ham Radio yang mana bercita-cita untuk mempunyai callsign sendiri bagi mengendalikan Radio Amatur secara sah, bolehlah menghantar permohonan secepat mungkin. Maklumlah jumlah calon bagi RAE ni adalah terhad.

Photo credited to 9M2ODY.blogspot.com

Aku akhiri entri ini dengan satu ayat keramat dari penggemar Ham Radio:

 “A Gun can kill one people, but Communications can ‘kill’ one Nation”

MY said: aku pun bercita-cita nak ambil RAE ni tapi akan cuba membuat permohonan dalam masa yang terdekat ini. Memang secara kebetulan tarikh RAE ni adalah sama dengan tarikh hari lahir aku yang ke ?? 🙂 .

 

(2025)

About The Author

15 thoughts on “Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri Kedua 2012

    1. muhamad yusri Post author

      meme minat pelek ko RA nih…dale gambar tu ore panggil base station (RA kat rumah). Owner dia memang otai walaupun baru beberapa tahun menceburi RA nih. Tapi sudah memiliki lesen kelas A iaitu pemegang callsign 9M2 kerana berjaya lulus test CW (morse code).

      Reply
    1. muhamad yusri Post author

      kena lulus RAE dulu then apply callsign,barulah boleh mengendalikan radio station. Jika tanpa lesen ianya adalah salah di sisi undang-undang. Hukuman semestinya kena denda dan peralatan akan dirampas.

      Reply
  1. Pingback: Selesai Permohonan Untuk RAE 2012 Siri Kedua | Blog Yusri

  2. Pingback: Selamat Hari Lahir dan RAE 2012 Siri 2 | Blog Yusri

  3. Pingback: Keputusan Rasmi Peperiksaan Radio Amatur (RAE) 2012-2 | muhamadyusri dot com

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *