Kemaskini Resume

Sumber google image

Salam semua, 

Sudah agak lama juga aku tidak mengemaskini Resume. Kebiasaannya aku akan cari balik dan kemaskini resume apabila terlintas di minda hendak mencuba apply kerja baru. Semalam pun aku ada terima email peringatan dari Jobstreet meminta aku supaya mengemaskini resume kerana sudah lebih 23 bulan tidak dikemaskini.

Jadi hari ini aku bercadang nak kemaskinilah resume aku yang sudah sekian lama bersawang dan nasib baik masih ada lagi last resume aku kat dalam pen drive. Kalau hilang tu masak jugak aku nak mengarang balik resume. Memandangkan tawaran pun ada dari luar sana untuk aku cuba dengan pengalaman kerja yang aku ada ni. Jadi aku pun ingin mengambil peluang ini. Manalah tahu rezeki aku lebih murah untuk tahun ni. InsyaAllah…

Sebenarnya sudah satu tahun setengah aku bekerja di tempat aku kerja sekarang ni. Pada bulan 7 ni ada kenaikan gaji tahunan. Jadi bulan ni akan ada appraisal untuk kenaikan gaji tu. Dalam 1-2 hari ni aku kena siapkan senarai accomplishment sepanjang tahun lepas untuk dibentangkan kepada Boss aku minggu depan.

Pening gak kepala nak flashback apa yang dah aku buat sepanjang tahun lepas. Ada yang complete dan ada juga yang in-progress malah ada juga yang in-complete. Apa-apa pun buat jelah apa yang patut. Walaupun sebenarnya Boss kita memang dah tahu apa yang kita telah buat, sedang buat dan akan buat. Layankan jer…

(798)

About The Author

4 thoughts on “Kemaskini Resume

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *