Bercanda Di Batu Layar

Apa korang buat masa cuti Tahun Baru Cina?

Bagi korang yang rasa ‘berduit’ pasti panjang kaki korang kan? Kalau boleh satu Malaysia mahu pusing.

Aku…ermm…mengharapkan bulan jatuh ke riba, tetapi buah nyor pun belum tentu jatuh. Kenapa tahun ni tak macam tahun-tahun yang dulu? Apakah yang terjadi sebenarnya? Banyak sekali persoalan dan tanda-tanya berligar-ligar di benak fikiran ini.

Ahhh…korang pasti tak faham kan? Biarlah aku dan mereka yang memahami saja menelan kesengsaraan ini.

Cuti yang panjang sudah tiada ertinya lagi. Tetapi bak kata orang kampung aku, “life must go on…” . Jadi aku dan XYL aku bersetuju untuk bawa harmonics pergi picnic ke tempat feveret kitorang di Johor ni iaitu Sail Rock Beach. He he…rase macam kat Hawaii je. Padahal Pantai Batu Layar je.

Aku rase tak payah lah nak bercerita panjang pasal pantai Batu Layar ni, sebab dah banyak kali aku citer kat dalam blog ni. Kalau korang rajin boleh lah try taip kat column search di sebelah kanan ni. Pasti korang akan jumpa banyak entri pasal Pantai Batu Layar ni.

Aku pergi petang tadi. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 1.30pm. Dalam pukul 2 lebih dah sampai dah. Aktiviti aku dan family kali ini ialah makan mihun goreng,nasi goreng serta bakor ayam, ikan, sosej dan juga lokcing. Korang kalau tak tahu lokcing tu apa, hah pergi google cepat-cepat. Mende ni femes kat sebelah Pantai Timur.

Ikan Bakar dan sosej bakar

Acara Bakor Ikan dan Sosej

Harmonics aku pulak main pasir kat tepi pantai sementara tunggu aku siap bakor-bakor bendalah yang aku sebut kat atas tadi. Seronok diorang main pasir sebab dari semalam lagi aku dengor diorang dah plan nak buat apa kat pantai nanti.

Lepas dah siap menjamu selera, apa lagi layan harmonics mandi laut lah pulak. Huh! Best main ombak. Cuaca pulak cantik. Angin dari Laut China Selatan memang sepoi-sepoi menerpa di pipi nan gebu ini. Terasa kedinginan walaupun di bawah kehangatan sang suria.

anak-anak main pasir tepi pantai

My Harmonics…Twin Princess(left) & Danial(right)

Dah…aku malas nak taip panjang-panjang…mata dah rabak ni. Penat main ombak masih belum hilang lagi. Aku nak tidur. Esok dah naik kerja. Malas betul rase.Huh…

MY said: Harap korang terhibur dengan bebelan aku ni. Aku sendiri pun tak tahu apesal tajuk ‘Bercanda Di Batu Layar’.Kalau korang rasa boring baca entri ni, sila komen sikit…

Suggestion Sites:

(2282)

About The Author

15 thoughts on “Bercanda Di Batu Layar

  1. Caraseobali

    salam kenal muhamad yusri, “life must go on…” .senang senang rehat sejenak tempat indah makanan ikan bakar lezat sekali (y). hilangkan pusing sekali kali

    Reply

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *