Jalan-jalan ke Teluk Sengat

 HOT!Buat Duit di Blog

Hari ini 1hb Mei 2011,cuti sempena Hari Pekerja.Kebetulan jatuh pada hari Ahad.Jadi, esok hari Isnin juga cuti.Ya beda bedu!

Saya dan keluarga telah pergi ke Teluk Sengat iaitu salah satu tempat menarik yang terletak di dalam daerah Kota Tinggi,Johor.Bertolak dari rumah saya di Ulu Tiram pada pukul 2.00 petang. Perjalanan kami tersekat-sekat dek traffic jam bermula dari PULADA lagi sehinggalah ke bandar Kota Tinggi.Apabila keluar sahaja dari Bandar Kota Tinggi,perjalanan mula lancar sehinggalah sampai ke Teluk Sengat.

Kami tiba di Teluk Sengat pada pukul 4.30 petang. Sebenarnya,jarak perjalanan dari Kota Tinggi ke Teluk Sengat hanyalah 37 KM.Oleh kerana cuti umum dan ramai orang mengambil kesempatan untuk bercuti atau berjalan-jalan ke kawasan peranginan di sekitar Kota Tinggi,perjalanan kami mengambil masa agak lama sedikit dari hari biasa.

Destinasi pertama kami adalah Kg. Johor Lama.Kami hanya ronda melihat suasana kampung tanpa singgah di mana-mana pun. Terdapat berbagai-bagai kesan tinggalan sejarah di sini tetapi saya tidak mengambil sebarang gambar di sekitar kawasan kampung ini.Cuma sempat bergambar di pintu masuk sahaja.

Seterusnya kami ke Taman Buaya Terbesar di Semenanjung Malaysia terletak di Teluk Sengat ini juga.Saya tidak mahu bercerita panjang di dalam entri ini tentang Taman Buaya kerana saya akan postkan di dalam entri akan datang.Tunggu…

Selepas penat melawat Taman Buaya Teluk Sengat ini,kami menghala ke pekan Teluk Sengat untuk menjamu selera kerana tekak sudah mula terasa kering dan perut pun mula berkeroncong dek kelaparan.
Kami telah memilih gerai berhampiran dengan jeti Teluk Sengat kerana mahu menikmati keindahan pemandangan pada waktu senja dan juga jambatan Senai-Desaru Expressway (SDE) yang tersergam indah.

Jambatan Desaru-Senai Expressway

Kami telah memesan nasi paprik dan ikan bakar (kembung dan cencaru).Huh!Memang sedap ikan bakar dekat sini.Terbaik!!!

Ayam Paprik

Cencaru Bakor

Kembung Bakor

Semasa dalam perjalanan menuju ke kereta,saya terserempak dengan sebuah Pajeromempunyai strobe light di atas bumbungnya dan tertera perkataan “Persatuan Radio Amatur Pahang”. Callsign Pajero ini adalah 9W2WSL (sebutannya nine whiskey two whiskey sierra lima).

Jalopy Persatuan Radio Amatur Pahang

Callsign 9W2WSL

InsyaAllah lain kali kami akan berkunjung lagi ke Teluk Sengat untuk menjamu selera terutama masakan lautnya yang memang sedap.

My XYL & Harmonics di atas jeti Teluk Sengat

 HOT!Buat Duit di Blog

 

(7442)

About The Author

5 thoughts on “Jalan-jalan ke Teluk Sengat

    1. muhamad yusri Post author

      tak susah bro…rasenya majority kedai makan ada jual ayam paprik nih…huhuhu..
      cuma mungkin rase jer berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain…yer tak?

      Reply
  1. Nadri

    sabtu lepas aku sempat bwk anak2 jalan ke desaru guna Highway Senai-Desaru..masuk ikut Kong-Kong dr rumah di Sri Alam..mmg teruja bila lalu dkt Jambatan Sg Johor tuu…

    Reply
  2. Pingback: Crocodile Farm Teluk Sengat | Blog Yusri

Leave a Reply to Nadri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *