Lalu Jambatan Senai Desaru Expressway

Sumber Foto:Wikipedia

Hari ini lebih kurang pukul 3.00 pm, saya dan keluarga bertolak dari Tiram untuk ke Batu Layar,Kota Tinggi. Pada masa yang sama saya ingin mencuba laluan Senai-Desaru Expressway yang baru dibuka semalam.Motif utama adalah untuk melalui jambatan baru yang merentasi Sungai Johor.

Perjalanan kami bermula dari tol Tiram dan menuju ke arah Cahaya Baru serta Penawar.Keadaan ketika itu hujan turun renyai-renyai.Perjalanan adalah lancar dan kenderaan agak banyak juga di atas lebuhraya jika dibandingkan dengan hari biasa.Ini adalah kerana orang ramai terlalu teruja untuk mencuba laluan lebuhraya baru ini tambahan pula tiada bayaran tol yang dikenakan selama sebulan untuk perjalanan dari Cahaya Baru ke Penawar. Bermula dari Cahaya Baru menuju ke Penawar,laluan jalan hanya satu lorong tidak seperti kebiasaan lebuhraya mempunyai dua lorong untuk satu hala.

Apabila jambatan mula kelihatan,kami makin bertambah teruja.Saya meminta XYL untuk mengambil gambar jambatan itu.Ketika di atas jambatan kami merasakan seperti melalui jambatan Pulau Pinang.Dari sini kami dapat melihat Teluk Sengat.Suasana kurang jelas dek kerana hujan yang masih turun.

Ketika jarak dalam 1 km dari Tol Penawar, perjalanan kami terhenti kerana traffic jammed.Kenderaan terlalu banyak beratur untuk membayar tol.Bayaran adalah sebanyak RM4.70 iaitu untuk laluan Tiram ke Cahaya Baru,Pasir Gudang.Ramai orang tidak faham dan merungut.”Kata tol free…kenapa masih kena bayar?!”Huhuhu…Yer lah percuma hanya dari Cahaya Baru ke Penawar sahaja.Kepada mereka yang melalui tol Senai dan Tiram masih perlu membayar kadar tol yang ditetapkan sehingga ke Cahaya Baru.

Keadaan sesak di Tol Penawar adalah kerana kegagalan sistem komputer untuk berfungsi dengan baik. Tetapi keadaan masih terkawal kerana kakitangan SDE sudah bersiap-sedia untuk menangani masalah ini.

Apa-apa pun seronok dapat mencuba lebuhraya baru ni.Jangka masa ke Penawar dapat disingkatkan.Petrol pun dapat dijimatkan.Tetapi selepas 10 Julai 2011,kenalah bayar tol sebanyak RM5.90 dari tol Cahaya Baru ke tol Penawar.

(1693)

About The Author

1 thought on “Lalu Jambatan Senai Desaru Expressway

  1. Pingback: Suatu Pagi di Lebuh Raya Senai-Desaru | MUHAMADYUSRI DOT COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *