Kita Tak Banyak Pahala,Janganlah Buat Dosa Pula.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua pengunjung setia blog muhamadyusri.com yang dikasihi sekelian…(he he ada ke?)

Kita Tak Banyak Pahala,Janganlah Buat Dosa Pula.

Pasti ramai yang berkata di dalam hati, “macam biasa dengar je ungkapan ini. Tapi di mana ye?”  Ya betul tu. Ungkapan ini selalu kita dengar di corong radio yang mana diucapkan oleh Ustaz Mohd Kazim Elias.

Alhamdulillahirabbil ‘alamin.Thanks to Allah yang telah menghidupkan kita lagi hingga pagi Jumaat yang mulia ini.Dapat juga kita solat,makan dan minum roti canai serta teh tarik yang harganya dah naik 50 sen.Alhamdulillah selawat dan salam kepada Nabi besar kita Muhammad Sollahu ‘alaihiwasallam.Semoga hari ni Allah memberi rahmat dan berkat ke atas semua pekerjaan kita.Amin amin ya robbal ‘alaminn.

mencari pahala

Sumber google image: Carilah pahala sebanyaknya.

Bahagia dan beruntunglah bagi mereka yang dapat bangun pagi.Solat Subuh berjemaah di surau dan masjid bersama-sama Imam melakukan sujud tilawah.Sungguh besar nikmat dan pahalanya.Bersyukurlah sesiapa yang Allah telah pilih untuk Subuh berjemaah pada pagi tadi.Bukan senang nak bangun pagi-pagi jam 5.00 atau 5.30 pagi.Sejuk nak mandi.Pasang jam loceng yang bila berbunyi 2 batu boleh dengar pun kalau Allah tak jagakan,memang tak bangun lah tu.Kekadang sedar tu bila jam loceng berbunyi tapi syaitan perut buncit dah mula kacau.

“alahhhh…awal lagi…rehat-rehatlah kejap barang 5 minit”

Mata pun kata “ia jugak…” Lama-lama tertidur dan sedar-sedar dah pukul 7.30 pagi.Kalau tak terjaga tak apa.Ini dah jaga bila loceng jam berbunyi.Sungguh kasihan.

Ingatlah wahai rakanku!Dunia ini dah nak sampai ke penghujung dah.Satu Jumaat ke Jumaat yang berikutnya berlalu begitu pantas.Rasa macam 2 ke 3 hari sahaja dah genap seminggu.Baru saja kita dapat gaji bulan Julai.Ni dah dekat-dekat nak dapat gaji bulan Ogos pulak.Macam-macam perkara aneh telah berlaku di serata dunia ini.Gempa bumi.banjir dan tanah runtuh.Kelakuan makhluk-makhluk Allah yang dinamakan Manusia telah semakin buruk dan teruk.Rogol,bunuh orang,merompak dan peperangan.Orang muda tak hormat lagi dah pada yang tua.Anak-anak melawan ibu bapa dan kadang-kadang sanggup bunuh kedua ibu-bapanya.Perempuan dan jadi macam laki-laki.Manakala laki-laki pula kelihatan macam perempuan.Nauzubillahi min zaliq.

Jangan tunggu-tunggu lagi.Segeralah dekatkan diri kita kepada yang mencipta kita.Allahu subhanahu wata’ala.Semaklah balik diri kita.Muhassabah diri sendiri.Kita dah berpuluh tahun lebih hidup di dunia pinjaman ini.Sudah banyakkah amalan kita?Solat kita.Zikir kita.Sedekah kita.Puasa kita.Haji kita.

Pujuklah hati kita itu.Hati isteri atau suami serta anak-anak kita untuk melakukan ibadat.Dekatkan diri dengan Allah.Solat,solat,solat.Jangan tak solat kecuali uzur.Inilah satu-satunya amalan utama bagi kita.Inilah yang Allah akan mula-mula tanya di dalam kubur nanti.Takutlah akan mati kerana mati tu tak tahu bila akan berlaku pada kita ni.

Wallahua’llam.

(969)

9 thoughts on “Kita Tak Banyak Pahala,Janganlah Buat Dosa Pula.

  1. Hafizul

    Terima kasih boh ingatkan saya..hehe..tu la..bab bangun subuh tu, memang liat sikit..tapi sekarang ni, tak payah pakai loceng dah kawe..anak kedua selalu jer kejutkan..kadang2 kol3..kadang kol 4….hahaha

    Reply
  2. Pingback: Bukan Susah Nak Tambah Pahala | MUHAMADYUSRI DOT COM

  3. Pingback: Tazkirah Hari Jumaat | MUHAMADYUSRI DOT COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge