Apa Nak Buat Kalau Mengantuk Waktu Kerja?

Mengantuk pada waktu kerja memang biasa dialami bagi mereka yang bekerja dalam suasana yang sunyi,tidak perlu berdiri atau bergerak ke sana ke mari dan juga persekitaran yang bersuhu sederhana. Tetapi faktor utama mengantuk semestinya disebabkan oleh tidur yang tidak mencukupi. Tidur amat penting kerana itu adalah satu-satunya cara kita merehatkan seluruh tubuh badan daripada melakukan sebarang pergerakan ataupun aktiviti.

sleepy face

Bagi blogger memang menjadi kebiasaan berjaga waktu malam sehingga ke lewat tengah malam dan ada juga sampai ke waktu Subuh. Jika blogger sepenuh masa tidak menjadi masalah tetapi bagi blogger yang masih bekerja makan gaji pasti tersengguk-sengguk mengantuk waktu kerja nanti. Tambah-tambah lagi bagi mereka yang bekerja di dalam pejabat,berhawa dingin dan tiada sebarang gangguan bunyi yang membingitkan gegendang telinga.

Apa aku buat kalau mengantuk waktu kerja?

Aku cuba senaraikan beberapa perkara yang aku lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk tu.

1. Makan gula-gula macam Hacks/Kiss me dan minum air Red Bull.
2. Pergi washroom basuh muka.
3. Pergi ke tempat member-member yang lain. Buat-buat borak sambil usha kot-kot ada benda yang boleh dikunyah.
4. Buat air Nescafe kat pantry.
5. Jalan-jalan kat production floor jumpa dengan technician atau pun operator.
6. BerSMS dengan XYL

Red Bull

Kalau korang pulak buat apa kalau mengantuk waktu tengah kerja? Sila kongsikan di bahagian komen ye…

Adios,73.

MY said: Aku tengah mengantuk giler ni…tu yang tercetusnya idea nak buat entri ini.

(1850)

About The Author

15 thoughts on “Apa Nak Buat Kalau Mengantuk Waktu Kerja?

  1. Hazmin Hamudin

    Blogger mesti alami benda ni termasuklah aku sendiri. Memang tak boleh nak buat apa. Kalau boleh tahan jela sampai waktu lunch. Lepas tu tidur. Kalau tak boleh jugak kena jalan-jalan borak dengan member kejap.

    Reply

Leave a Reply to Hazmin Hamudin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *