Madah Tak Berhelah

Madah Berhelah nyanyian Ziana Zain. Lagu itu sudah terlalu kerap didengar di corong-corong radio sejak dari tahun 1992 lagi. Masa tu aku baru form 2. Lagu ni berjaya masuk final Juara Lagu pada tahun itu.
Tetapi kalau Madah Tak Berhelah pula adakah pernah korang dengar?
Hah! Di blog ini korang akan jumpa.
Mari kita sama-sama hayati bait-bait kata di bawah ini:

Muslimah…
Simpanlah cintamu biar masak ranum
Peliharalah martabatmu biar luka berdarah
Tiada tawar-menawar walau sepicing ciuman
Agar peribadimu wangi terangkat.

Muslimah…
Jadilah bunga kemboja walaupun tiada rupa
Tetapi wangi baunya
Jangan jadi seperti bunga raya
Rupanya cantik tetapi wanginya tiada.

bunga raya

Hari ni tiba-tiba rasa nak merepek pulak. Bukan apa, rasa bosan yang amat sebab banyak sangat kerja. Tak terkejar dibuatnya. Dahlah ramai sangat orang yang mengejar. Boleh jadi binggung kepala otak ni.

Jadi untuk kurangkan sedikit kestressan ni, aku zahirkan madah indah untuk korang baca dan cuba fahamkan maksud tersirat. Kalau korang tak faham,ermmm buat-buat faham jelah. Aku pun tak kisah…

Kalau korang bukan jenis yang layan sangat ayat-ayat macam tu, apa kata korang ambil masa sedikit baca artikel yang agak menarik ini [Teknik SEO Merah Jambu]. Manalah tahu apa yang korang tercari-cari selama ini ada di sini. InsyaAllah pasti ada jalannya.

Adios,73.

(1221)

8 thoughts on “Madah Tak Berhelah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge