Yey!Sudah Sampai.

Dalam entri yang lepas iaitu mengenai Jelly Bunny, aku ada kongsikan sedikit info khas buat pembaca di blog yang naif lagi daif ni. Memang ramai yang memberi feedback mengatakan tidak pernah dengar tentang produk jenama Jelly Bunny. Aku sendiri pun baru-baru ini je tahu pasal kasut yang berbau wangi dan harum bak gula-gula.

Memandangkan di Johor ni belum ada lagi butik atau pengedar kasut Jelly Bunny, aku telah mintak tolong dengan adik ipar aku yang tinggal di Penang untuk membeli sepasang kasut Jelly Bunny itu. Khas buat XYL aku yang tercinta. Hu hu.

Melalui Whatsapp, kami berhubung dalam pada membuat pilihan warna dan design kasut yang berkenan di hati ketika adik ipar aku berada di butik Jelly Bunny. Senang betul pakai Whatsapp kan? Dah lah free, cuma nak kena ada access internet je.

Kasut Jelly Bunny

Yey!Sudah sampai…Kasut Jelly Bunny.

 Barang sudah pun aku terima. Adik ipar aku pos pakai Pos Laju. Sekarang memang sungguh efektif perkhidmatan Pos Laju ni. Aku pun selalu pakai Pos Laju untuk hantar produk-produk jualan secara online aku. 1 atau 2 hari sudah sampai ke destinasi yang dihajati.

Gembira tak terkata XYL aku bila dapat kasut Jelly Bunny ni. Bau kasut ni memang wangi. Macam gula-gula. Geram pulak tengok. Rasa macam nak gigit je. He he.

Korang ada kasut Jelly Bunny ni? Kalau ada share-share lah kat bahagian komen.

Suggestion Sites:

(2481)

About The Author

3 thoughts on “Yey!Sudah Sampai.

Leave a Reply to nira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *