Ya. Aku berangan-angan nak jadi full time blogger. Sila jangan gelak. Korang ada juga ke angan-angan sebegini?
OK. Aku cuba untuk meletakkan diri aku dalam situasi sebagai seorang full time blogger dengan hanya berimaginasi pada tahap galaksi bima sakti di langit ke tujuh. Maka terciptalah andaian persoalan dan jawapan untuk situasi itu.
Mari sama-sama memasuki alam imaginasiku:
Aku ada menerima beberapa soalan daripada rakan-rakan kita yang berasa ingin menjadikan blogging ini sebagai kerja sepenuh masa beliau. Ada yang bertanyakan tips-tips bagaimana dan apakah yang harus dilakukan sebelum melangkah ke alam itu?
Soalan yang sebegini sebenarnya membuatkan aku sedikit nervous serta cuak untuk menjawab kerana ia sesuatu yang berkait-rapat dengan kehidupan dan punca pendapatan mereka.
Sebelum aku menjawab soalan itu, ingin aku kongsikan sedikit pengalaman aku selama bergelar full time blogger. Ia tidak seindah yang korang bayangkan. Betul kita adalah boss kepada diri kita sendiri. Betul kita ada pendapatan yang tersendiri. Akan tetapi kebenaran yang sering menghantui dalam pemikiran aku adalah bagaimana satu hari nanti semua ini ditarik balik?
Apa yang aku dapat pada hari ini bukanlah sesuatu pendapatan yang tetap, ia bergantung kepada usaha dan rezeki masing-masing. Setiap hari yang berlalu aku tetap bertanya bagaimana rezeki hari ni? Bolehkah ia bertahan sehingga hujung bulan? Jika bekerja makan gaji pula korang tidak perlu risau perkara sebegini kerana korang hanya perlu lakukan tugas yang patut dibuat dan hujung bulan ada gaji.
Berbalik kepada soalan yang awal tadi, jika korang berasa sudah tiba masanya untuk korang menumpukan kepada pendapatan online korang, aku ucapkah tahniah! Tetapi aku tidak menggalakkan langsung korang berhenti dari kerja seharian atau kerja hakiki korang. Aku lebih menggalakkan korang melakukan kerja dan mencari pendapatan online ini secara part time sahaja dahulu.
Korang harus teliti kekuatan sebenar korang dan pendapatan yang dijana itu solid dan stable? Sudahkan korang membuat simpanan wang kecemasan jika kerja-kerja blogging korang ini tidak menjanakan satu sen pun pada bulan-bulan tertentu? Bagaimana pula dengan komitmen hutang-hutang korang yang wajib dibayar setiap bulan seperti kereta, motor, kad kredit dan ansuran atau sewa rumah? Adakah korang sudah atau mampu membayarnya?
Prepare for the worst case scenario, jika korang ingin meneruskan hasrat korang itu aku galakkan korang membuat simpanan 1 tahun gaji korang untuk menjamin waktu-waktu kecemasan. Analisa adakah pendapatan yang korang dapat telah stabil sejak 12 bulan yang lalu. Aku amat galakkan korang mengurangkan beban hutang bulanan terlebih dahulu, seperti membayar kesemua hutang kad kredit, hutang motor dan sebagainya, mana yang boleh.
Tidak perlu terburu-buru, buat penilaian yang betul. Ada pepatah inggeris mengatakan “The grass is always greener on the other side of the fence”. Kadang kala kita selalu mengimpikan kehidupan orang lain dan berasa ia selalunya lebih baik dari apa yang kita ada. Kebenarnya ia tidak selalunya begitu. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.
OK. Imaginasiku berakhir sampai di situ sahaja. Pening juga kepala memikirkan jika aku benar-benar seorang full time blogger. Kecuakkan aku reda setelah menyedari bahawa hakikatnya aku hanyalah seorang blogger part time dan perjalananku masih lagi jauh untuk sampai ke tahap itu.
(1694)
About The Author
Huhu..betul tu boh..kalau tak ada duit tetap, baik jadikan blog sebagai rutin sampingan aje…kawe dulu pun nak jadi full time blogger..tapi bila fikirkan balik…banyak menda yang memaksa untuk teruskan kerja hakiki ni..haha
kena usaha lebih kuat lagi…jadikan target dan impian…
in syaa Allah…Berjaya…huhu
Kalau macam tu dah soho bolehlah jadi full time blogger.
kalau ada ciri-ciri seperti tu pasti boleh…
bagi aku..kita perlu betul2 stabil barulah boleh buat full time nie
ye bro…mesti stabil dan konsisten…baru mantop…huhu
full time blogger.. wauu.. kena mantap perancangan tu.. btw kalau blogging ni as a hobby, keja banyak mana pun dia ttap akn blogging.. income ttap dpt..
betul tu…jadikan hobi dulu jika tak bersedia lagi untuk jadi kerja full time…
nak jadi WAHM jugak with nice SOHO
apa tu?saya kurang faham sangat…huhu
Memang kena pikir panjang dan memerlukan perancangan rapi kalau nak resign dari kerja hakiki utk fokus pada blogger..
Part saving setahun memang bagus..
Nice sharing…
memang betul…tak boleh buat keputusan yang terlalu drastic…kena fikir panjang…thanks..
tak pernah lagi terfikir nak jadi fulltime blogger tp nk jd WAHM itu pasti n money freedom..InshaAllah semoga dipermudahkan..
in syaa Allah…semoga tercapai cita2 tu
Pingback: Bayaran Pertama Dari Mobicow | MUHAMADYUSRI DOT COM
Memang boleh duit kalau dengan blog kalau pandai cari peluang dan produk yang sesuai untuk dipasarkan.
Semoga impian untuk fulltime blogger tercapai
saya belum ada lagi cita2 tu…huhu
Hmm.. baru je berangan nak fokus dan jadikan blogging satu kerjaya. Nak buat part time kadang-kadang tak boleh nak berapa fokus..
bagus tu…reality bermula dengan angan-angan…huhu
Boleh jadi, tapi kena pastikan perancangan betul2 rapi.. sebab nak cover duit bulan2 tuh.. kalau dah lebih dari tuh.. you can proceed
of course bro…haha
Pingback: Kenapa Sambut Hari Ibu? | MUHAMADYUSRI.COM
Pingback: Top Komentator Bulan Mei 2015 | MUHAMADYUSRI.COM
yes, setuju with your statement. kena fikir elok2 dulu .