Malaskah aku?

Tiba-tiba aku bertanya pada diri-sendiri.Malaskah aku?Kenapa aku menjadi pemalas?Susah ke nak buang sifat malas?Kenapa malas-malas?Cuba jangan jadi seorang yang pemalas!

Ahhh!Malaslah aku nak sebut lagi pasal malas ni.Memang dasar pemalas.Ha ha ha.

Aku bukanlah seorang yang pemalas seperti yang korang fikirkan.Akulah orang paling rajin sekali.Terlalu banyak kalau nak ceritakan pasal kerajinan aku.Biarlah aku pendamkan dulu.Tak payah lah korang tahu.Takut nanti ada pulak yang tak percaya bahawa aku ni lebih rajin daripada korang dan jiran sebelah rumah korang.Tak pasal-pasal korang jeles.

Malas update blog

Malas yang aku nak sebut kat sini adalah pasal aku dengan blog.Memang aku malas nak update blog.Apatah lagi nak buat blog walking kat blog-blog korang.Korang tengoklah berapa banyak post yang aku buat untuk tahun 2014 kat blog ni?Jika termasuk post yang ni,baru je 20 buah yang berjaya dipublishkan.Ni sudah masuk bulan 8.Dah lebih setengah tahun berlalu.

Cuba tengok blog-blog popular yang lain macam Denaihati,AhmadFaizal dan PondokKecil.Diorang punya rajin update blog sampai 20 post satu hari (ha ha ha yang ni aku bohong).Blog-blog yang aku tak sebut tu janganlah korang berkecil hati pulak.Aku tahu korang pun rajin jugak update blog.

Hari ni aku nak kasi pecah satu rahsia.

Kalau korang nak tahu,aku punya tahap kemalasan ni sampai header blog pun aku mintak tolong jasa baik blogger lain yang buatkan.Percuma pulak tu.Header yang aku pakai dah lama ni sebenarnya telah didesign oleh owner blog Pondok Kecil iaitu blogger Hafizul.Terima kasih tak terhingga buat beliau sebab sudi luangkan masa untuk buatkan header yang menarik ini.Kalau rajin buatlah yang baru boleh?He he he.

Header blog

Header blog ni didesign oleh blogger Hafizul PondokKecil.com

Kalau ada rakan-rakan blogger di luar sana yang sudi designkan header blog buat aku,silalah buatkan.Aku amatlah berbesar hati kerana aku tak reti nak buat bendalah tu.

OK,cukuplah.Panjang pulak entri kali ni sambil-sambil malas pun.

MY said:Harapnya korang janganlah jadi malas macam aku.Malas nak update blog sendiri.Buat rugi je bayor domain dan hosting setiap tahun.Macam mana nak buat duit online?

(1020)

About The Author

14 thoughts on “Malaskah aku?

  1. Pingback: Top Komentator Bulan Ogos 2014 | MUHAMADYUSRI DOT COM

  2. Pingback: Up and Down Blogging Life | MUHAMADYUSRI.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *