Terima Kasih Blog Pondok Kecil

 

Salam semua,

Sepanjang 1 tahun 6 bulan usia Blog Yusri yang naif ini, belum pernah ada sesiapa pun membuat review di laman sesawang mahupun blog. Hari ini dalam sejarah, blog Pondok Kecil (PK) dengan murah hati telah membuat satu entri khas semata-mata untuk memberi pandangan,ulasan serta komen yang membina tentang Blog Yusri ni.

PK juga menceritakan bagaimana beliau mula mengenali Blog Yusri ni dan cerita rahsia di sebalik perkenalan dengan Blog Yusri. Ada sesuatu yang lebih bernilai di sebalik isi kandungan blog. Jika anda ingin tahu apakah cerita rahsia itu bolehlah membacanya di entri ni. Penghargaan ini adalah kerana aku telah menjadi juara catur Top Commentators di blog PK untuk bulan Julai 2012.

PK juga merupakan top commentator untuk Blog Yusri bagi bulan Julai 2012. InsyaAllah jika aku berkesempatan,aku akan membuat satu review untuk blog PK juga.

Pada kesempatan ini, aku dengan rendah dirinya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hafizul selaku tuan tanah kepada blog Pondok Kecil kerana tak jemu-jemu singgah ke blog bersawang ini serta meninggalkan komen-komen yang menjadikan adanya interaksi dua hala antara Blog Yusri dan Blog Pondok Kecil.

Semoga perhubungan ini akan berterusan ke alam nyata dan bukanlah setakat di alam talian atau maya sahaja. InsyaAllah,jika berkesempatan bolehlah kita bereyeball suatu hari nanti kerana kampungku adalah kampungmu jua 🙂 . 

 

MY said: Terharu dan suka sangat….

(2431)

About The Author

15 thoughts on “Terima Kasih Blog Pondok Kecil

    1. muhamad yusri Post author

      yer bro…amat seronok sekali…jika sebelum ni rasa sunyi dan sepi…tapi kini terasa begitu ceria dan meriah sekali eventhough tak pernah bersua muka.

      Reply
  1. Pingback: Terima Kasih Sekali Lagi Buat Pondok Kecil | Blog Yusri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *