Diam tak diam sedar tak sedar,kini sudah pun memasuki bulan September.Sweet September.Sweet ker???Apa yang sweetnya?Kita tunggu dan lihatlah apa yang bakal berlaku.Harapnya memang sweet-sweetlah belaka.Hu hu hu.
Bulan Ogos.Ya, ianya sudah pun berlalu.Apa yang pastinya ia tidak akan berulang kembali.Terima dan redha sajalah apa yang terjadi.Perkara yang baik harus dikekalkan dan ditambah baikkan lagi.Manakala perkara yang kurang baik wajib dijadikan sempadan dan dijadikan iktibar agar tidak berulang kembali pada masa akan datang.
Aku tak banyak buat entri kat blog ni. Cuma ada 7 entri saja berjaya aku publish untuk bulan ini. Mungkin sebab aku tak ada idea nak membebel kat sini. Ataupun mungkin juga sebab aku duk sibuk dengan kerja hakiki seharian. Nak kata banyak update kat niche blog tak jugak. Hakikat yang sebenarnya adalah aku M – A – L – A – S.Ya…Memang susah nak buang sifat malas dalam diri aku ni. Tetapi,malaskah aku?Persoalan yang perlu aku jawab dengan sejujurnya.
Ahh…aku sudah terlalu banyak melalut ni.Sudah tersasar dari tajuk untuk entri kali ini.Baiklah,kini tiba masanya untuk aku umumkan dengan riak dan bangganya juara Top Komentator untuk bulan Ogos 2014 di blog aku yang tak glamer langsung ni.Betul.Memang tak ada orang tahu pun kewujudan blog ni di alam siber.Sebagai bukti cuba tengok traffik blog ni untuk bulan lepas.Langsung tak memberangsangkan.
Tetapi aku tetap berbangga dan amat bersyukur kerana masih ada insan yang sudi singgah kat blog aku ni.Ada yang memang selalu datang jenguk dan tak kurang juga yang tersesat dibawa oleh enjin pencari google.
Juara Top Komentator Bulan Ogos ialah saudara Hafizul dari blog Pondok Kecil dot com. Beliau memang tak pernah jemu datang melawat kat blog ni.Selalu memberi tunjuk ajar dan teguran membina demi untuk penambahbaikan mutu dan potensi blog. Jutaan tahniah dan terima kasih yang tak terhingga buat blogger Hafizul. Sesungguhnya beliau menjadi salah seorang sumber inspirasi buat aku untuk terus berblogging.Semoga lepas ni beliau akan terus berjaya di dalam arena blog yang beliau telah ceburi secara serius.
MY said:Jutaan terima kasih juga buat rakan-rakan blogger yang lain.Harapnya lepas ni korang tak akan serik untuk datang ke sini lagi. He he he.
(1663)
About The Author
Terbaiklah boh hafizul. Dokleh lawang deme bab2 rajin ni..
Ambe pong malas jugok update…jeng2
guane boh?ke ada projek lain ni?hehe
Wah.. ade award! tak lame lagi I plak nak jadi top komentor 🙂
silakan bro…amat dialu-alukan…huhu
Huhu..tahniah buat semua yang rajin ke sini..hehe
tu la…kena rajin-rajinkan lagi diri mengupdate blog ni supaya bertambah ramai lagi yang datang bertandang.haha
Haha..tahu tak apa…
rajin betol mereka semua ni kan..
diorang memang rajin bro…huhu
Tahniah buat admin Hafizul yang setia dengan komennya di sini. Tanpa si Hafizul… Pondok kecil akan berusang. Bagaimana nak tukar jadi banglo nanti. Semoga ada pengomen terbaik bulan September nanti jatuk kepada orang lain pulak.
betul tu bro…bila PK nak upgrade jadi bangle ye?hehe
laa ingatkan saya top commentator. huhuh
bole cuba lagi bulan ni..hehe
Boleh In Shaa Allah akan rajin-rajinkan diri komen kat blog ni
terima kasih bro…huhu
Pingback: Top Komentator Bulan Mei 2015 | MUHAMADYUSRI.COM