Ya.
Pagi ni dapat emel daripada Paypal memaklumkan yang Mobicow dah mengirimkan sedikit duit ke dalam akaun Paypal aku. Ini adalah bayaran pertama dari Mobicow yang aku dapat selepas 4 bulan aku join program ni. OK lah tu dapat juga walau tak banyak.
Apa sebenarnya Mobicow ni?
Mobicow merupakan media pengiklanan yang khas untuk telefon pintar. Ia merupakan satu program yang membayar publisher berdasarkan eCPM. Secara ringkasnya model eCPM ini akan membayar publisher bagi setiap 1000 impresi. Kadar eCPM adalah antara USD 0.29 hingga USD 10 bergantung kepada lokasi. Kadar eCPM bagi Malaysia adalah antara USD 1.09 hingga USD 1.94.
Bagaimana Pembayaran Mobicow dibuat?
Pembayaran akan dilakukan melalui PayPal dan minimum pembayaran ialah USD5.00.
Tempoh pembayaran ialah dalam masa 30 hari.
Apakah Kelebihan Mobicow?
- Kadar CPM yang terbaik
- 100% kadar iklan dipaparkan
- Implementasi kod iklan sangat mudah
- Plugin sedia untuk blog wordpress dan Joomla
- Tiada konflik dengan iklan dari media iklan lain
- Mempelbagaikan sumber pendapatan dari blog
Kenapa mesti jadi pengiklan Mobicow?
DI dalam satu kajian pengguna oleh firma kajian Nielsen, Malaysia mencatatkan kadar penembusan telefon pintar 80 peratus selepas Hong Kong dan Singapura (87 peratus), diikuti Australia (75 peratus) dan China (71 peratus).
Kajian ini menunjukkan pengguna telefon pintar merupakan pasaran yang sangat luas. Ini kerana telefon pintar ini membolehkan mereka mempunyai akses kepada internet pada bila-bila masa sahaja. Dan peratusan ini akan meningkat dari tahun ke tahun.
Oleh itu, seharusnya korang yang ada blog sendiri, jangan lepaskan peluang ini untuk menerokai medium pengiklanan khas untuk telefon pintar ini. Jangan bertangguh lagi kerana medium pengiklanan untuk telefon pintar ini sangat berpotensi untuk menjana pendapatan bagi para blogger.Pengiklanan Mobicow ini langsung tidak mengganggu program-program pengiklanan yang lain seperti Nuffnang, Google AdSense dan lain-lain lagi. Jadi korang tak perlu nak risau sangatlah.
Jika korang nak mendaftar dengan Mobicow, bolehlah klik banner di bawah ni:
Semoga korang pun akan Berjaya buat duit juga dengan Mobicow. In sya Allah…
Sumber info:Arieon
(2262)
About The Author
Untuk wordpress je? Klau blogspot boleh juga ke?
boleh juga untuk BlogSpot dan apa jua platform web site or blog.
Wah,boleh dicoba nih iklan. Thanks mas infonya…
Ada terbaca jugak pasal iklan mobicow ini.
Macam senang je nak pasang.
ha ah…senang je…
Kemah keming haa…nak try jugok lah..jeles pulok sero..haha
try boh jange dok try..hahaha
Tahniah, dah juga cuba pasan iklan ni. Tapi blm nampak hasil lagi he..he..he..
lame-lame ada hasil ler tu…huhu
Kalau trafik cantik memang senang nak buat duit..tapi kalau suam-suam kuku aje…demam juga nak dapat 5 usd tu..
hehe…try je…
Wah, layak dicoba nih kapan” mobicow. Kalau terbukti mah ga akan orang ragu.
boleh aja untuk dicuba mas…huhu
Jumlah pelawat yang ramai mungkin turut membantu keberkesanan penggunaan ini
semoga komisyen lainnya terus masuk boleh beli cendol tuh tahniah
pening nak paham konsep mobicow. Adakah lebih kurang macam power editor?
senang je…iklan mobicow ni keluar bila mana blog/website dibuka melalui smartphone….
err power editor tu amende?huhu
banyaknya dapat,,, nak try jugakla
boleh lah…huhu
banyak tuh 5 dollar lebih.. lepas nih tiap2 bulan.. boleh dapat lagi tuh…
kalau rajin update blog memang boleh dpt tiap2 bulan…masalahnya malas …huhu
Pingback: Bayaran kedua Dari Mobicow | MUHAMADYUSRI DOT COM
Pingback: Bayaran Ketiga Komisyen Dari Mobicow | MUHAMADYUSRI.COM