DIY Pasang Tail Lamp

Sudah agak lama juga aku tak buat artikel pasal DIY ni. Last sekali adalah artikel DIY Smoked Head Lamp. Hits jugak artikel aku tu…hehe. Kaki modified kereta memang suka benda-benda macam tu. Antara rajin dan malas je. Aku dulu memang rajin dan suka sangat buat kerja-kerja DIY ni. Sekarang ni je tahap kerajinan semakin berkurangan. Padahal harga barang semuanya naik. Secara automatisnya upah atau servis pun pasti naik juga.

OK lah…tak nak merapu panjang. Artikel kali ni aku nak kongsi pasal DIY yang simple giler iaitu DIY pasang tail lamp. Aku punya tail lamp yang sebelah kanan dah pecah sikit sebab tercium dengan ekor lori 1 tan semasa reverse untuk keluar dari petak parking.

Broken Original Tail Lamp

Tail Lamp dah pecah sikit

Aku try survey kat Mudah.my tail lamp untuk waja kot-kot ada yang boleh bagi harga yang dalam aku punya bajet. Target aku adalah LED tail lamp sebab dah lama sangat berkenan dengan design lampu ni. LED tail lamp ini juga dikenali dengan nama M5 LED tail lamp sebab designnya seakan tail lamp BMW M5.Aku tengok kebanyakan harga agak murah juga jika nak dibandingkan dengan harga yang ditawarkan kat kedai-kedai aksesori kereta di area JB ni. Tapi oleh kerana penjual berada agak jauh dari JB, kos pos perlu diambil kira. Setelah ditambah kos pos, harganya lebih kurang dengan harga kat kedai aksesori di sini. Jadi aku ambil keputusan beli kat sini je. Lagipun aku boleh periksa dan test dulu tail lamp sebelum membelinya. Aku dah survey kat kedai-kedai aksesori di area JB ni dan aku jumpa satu kedai je yang boleh bagi harga paling berpatutan. Kalau korang nak tahu boleh PM kat aku…hehe.

OK. Straight to the point, langkah pertama untuk menukar tail lamp ini ialah buka cover belakang tail lamp yang kat dalam bonet. Aku buka untuk tail lamp yang sebelah kanan dulu. Ada 3 biji skru bunga yang harus di tanggalkan. Setelah kesemua skru ditanggalkan, bolehlah buka cover tu.

Tail Lamp Rear Cover

Langkah 1:Bukak 3 skru kat Tail Lamp Rear Cover

Langkah kedua ialah  tanggalkan 3 biji nat yang mengikat tail lamp pada body kereta. Gunakan spana bersaiz 10 untuk melonggarkan nat-nat itu.

Tail Lamp Nuts

Langkah 2:Tanggalkan nat Tail Lamp

Langkah ketiga pula, tanggalkan connector wire harness yang menyambungkan ke soket tail lamp. Kalau korang perasan, ada 1 wire berwarna putih kat dalam gambar kan? Itu pun salah satu DIY projek yang aku buat kat tail lamp tu. Aku tak de kongsi pun artikel pasal tu sebab masa tu aku belum kenal apa itu blog lagi. Aku cuma kongsi dengan memember melalui email jer… Kalau aku rajin, aku akan cuba buatkan artikel pasal tu.

Un-plug Tail Lamp Cable Harness connector

Langkah 3:Tanggalkan connector

Langkah keempat, keluarkan tail lamp dari body kereta. Tak susah pun nak keluarkannya. Cuma kena jaga-jaga takut tail lamp tu terlepas. Jadi pegang betul-betul.

Remove Tail Lamp from body

Langkah 4:Keluarkan Tail Lamp dari body kereta

Langkah kelima, pasangkan tail lamp yang baru dan ketatkan dengan 3 biji nat yang dah dibuka tadi.

Tighten New LED Tail Lamp nuts

Langkah 5:Pasang LED tail lamp dan ketatkan dengan skru

Langkah keenam, sambungkan connector dari tail lamp ke connector wire harness utama. Pastikan ianya dipasang dengan betul dan kemas agar tidak longgar. 

Plug-in LED Tail Lamp connector

Langkah 6:Sambungkan connector wire harness

Langkah ketujuh, pasang semula cover belakang tail lamp dan ketatkan dengan 3 skru yang telah dibuka tadi.

Reassemble Tail Lamp Rear Cover and screw

Langkah 7:Pasang semula rear cover dan skru

Ulangi langkah 1 sampai 7 untuk tail lamp yang sebelah kiri pula.

Yer…maka siaplah sudah DIY yang sangat simple iaitu DIY tukar dan pasang LED tail lamp untuk kereta bernadi 4G18P ataupun juga dikenali sebagai Proton Waja. Ini lah hasilnya…  

Installation of LED Tail Lamp Done

Dah siap…beginilah rupanya

Diharapkan korang sukalah dengan perkongsian DIY aku kali ini. Kalau tak suka, cuba nyatakan sebabnya kat bahagian komen. Hehe 

 

(7072)

About The Author

17 thoughts on “DIY Pasang Tail Lamp

  1. Shafawi

    Sgt2 bermanfaat….so blh bljr drpd blog ni… saya pun bukan apa plan nk tukar lampu design m5 ni juga sbb yelah taillamp waja cps…alahai org kta “cutting org tua” … sesekli tgk nmpk skema plk…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *