Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Salam Semua,

Hari ini 19 Julai 2012, genaplah usia ikatan perkahwinan aku dan XYL yang ke 9 tahun.

Alhamdulillah segala kesenangan dan kesusahan dapat kami harungi bersama dengan penuh kesabaran.

Pengalaman banyak mengajar kami di dalam menempuhi hidup di alam rumah tangga. Pahit dan manis adalah lumrah di dalam kehidupan bekeluarga.

3 orang cahaya mata anugerah dari Allah menjadi harta yang tak ternilai buat kami.

Cahaya mataku...Kakak,Abang Long & Adik

Putera sulong ku, Akmal Danial kini sudah berusia 8 tahun dan bersekolah dalam tahun 2.

Puteri Kembarku, Nur Dhia Danisha (kakak) dan Nur Adini Darwisya (adik) tahun depan berusia 5 tahun dan akan mula memasuki alam persekolahan iaitu Tadika.

Apabila Puteri Kembarku bertudung...kiut tak?

Semoga ikatan suci kami ini sentiasa dirahmati Allah dan terpelihara sehingga akhir hayat. InsyaAllah.Amin….

MY said: Bila hari ulang tahun perkahwinan anda? Sudi-sudilah share di sini…:-)

 

(1420)

About The Author

10 thoughts on “Hari Ulang Tahun Perkahwinan

    1. muhamad yusri Post author

      9 tahun doh boh…hehehe…pengalaman bende paling berharga dalam menempuhi hidup berkeluarga…
      Kembar tu posing lain-lain sokmo…payoh nok tengok dio posing serupo…huhuhu

      Reply
    1. muhamad yusri Post author

      terima kasih boh…dok hebat lah mane…biase-biase jah kawe…9 tahun doh jugok demo…bereh samo dgn kawe lah…kawe anok 3 sebab ekspress…huhu…sekali tubek 2 org…dakpe lah demo buleh tamboh lagi tu…

      Reply

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *