Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
First Name dan Last Name PayPal membuatkan aku termanggu sebentar. Beberapa hari yang lepas aku ada sign-up akaun untuk PayPal baru aku. Oleh kerana sudah terlalu lama aku sign-up akaun PayPal, jadi aku sudah tidak pasti bagaimana untuk letak first name dan last name. Hmm… bagaimana pula mahu letak middle name? Seperti kebanyakan orang Melayu nama kita ada ‘bin’ dan ‘binti’. Adakah bin atau binti middle name kita?
“Ahh… hentam sajalah, apa aku kesah?”. Salah! Korang tidak boleh ambil acuh tidak acuh dalam pengisian nama dalam sign up PayPal korang kerana Nama itu identiti yang menghubungkan kepada kad credit/debit dan pengesahan nama pada akaun bank tempatan. Oleh itu ia kena tepat, rugi la kalau duit masuk ratus-ratus dollar tapi stuck bila nak withdraw ke bank.
Sebenarnya aku sendiri telah google tentang kesahihkan maklumat ini tetapi maklumat yang aku perolehi bukan untuk nama Melayu yang ada bin dan binti. Jadi aku call PayPal Malaysia. Ya! Betul PayPal Malaysia wujud dan kita amat bertuah sekali dengan kemudahan ini.
Nombor telefon PayPal Malaysia: +60 3-7663 8509
Aku call mereka tetapi , Mandarin dan Kantonis sahaja operator itu boleh jawab, so kena speaking sikit la. Aku call dan panggilan aku dijawab dengan mesra sekali, “Hello PayPal Customer Service, good evening.. how may I help you? ” Long story short, bagaimana penerangan dari pihak PayPal diringkaskan seperti berikut:
Jika nama korang Ahmad bin Abu Bakar,
First Name -> Ahmad
Last Name -> bin Abu Bakar
Jelas operator, “Your first name should be you given name dan you last name should be your family name”. Penerangan yang ringkas dan padat itu telah menghilangkan segala kebuntuan kekeliruan first name dan last name. Bagaimana pula dengan middle name? Middle name adalah optional tidak perlu diisikan. Biarkan ia kosong sahaja. Akaun PayPal adalah sesuatu yang penting jika korang mahu ceburi bidang buat duit dari internet. Ia diumpamakan bank internet yang semua orang perlu ada. Korang boleh sign-up PayPal di www.paypal.com.
FYI, first name dan last name format ini juga mungkin valid pada personal infomation form di website yang lain.
MY said: Semoga korang terhibur dengan artikel ni.Terima Qaseh.
(21137)
About The Author
memang menarik perkongsian ni….selamat memenuhkan akaun paypal tuan….
masih ciput lagi yg masuk ni…hehehe
aku pun ada salah juga isi form tuh dulu… dah tak pasal2 kena upload ic pulak… lama dah dulu
itu lah…leceh kan…dah macam ebay nak kena upload ic…huhu
PayPal Ani pun dah lupa. Begitu rupanya, kena create baru
Terima kasih di atas pencerahan 😀
paypal yg lama tu ada duit tak?
rugi kalau ada banyak dalam tu…hehehe
basic tu, dulu aku pun macam ni..ehehe
betul tu…kawan pun silap juga masa 1st time buat dulu…hehe
Wahhhh…dah lama gak kawe dop sign in pay pal..nak kena sign in jap..terima kasih kongsikan artikel yang bermanfaat ni..wahhhh.. themes genesis bohhh? Kemah keming…haha
Cepat gi tengok PayPal terr…
Mana tahu kan account inactive/limited ke…hahaha…
themes hok ore buwi boh…hehehe
last name memang nama bapak.
betul tu…
sekarang ni dah jadi trend nama anak panjang2…3 suku kata utk nama anak saja…belum masuk nama bapak lagi…huhu
Banyak juga kemudahan yang disediakan Pay Pal, antaranya boleh digunakan untuk beli barang di eBay, pindah/kirim duit kepada pengguna Pay Pal yang lain dan lain-lain.
Wah, ilmu baru dan sangat berguna. Thanks! 😀
Ye Puan Khadeejah…
Kalau orang yang nak berkecimpung dalam dunia buat duit di internet, perkara ini adalah asas yang paling utama mesti buat.
terima kasih sgt2 bro, info nii..aku ada masalah sebab tak matching nama dgn debit card. Nak betulkan, conpius mana first name, mana last name :’D terima kasih banyak2 !
same-same bro…semoga bermanfaat…hihi
kiranya “bin” pun termasuk dalam last name la yer? baru tahu…
good info and thankss for sharing