Marshall atau Marshal?
Apesal tiba-tiba persoalan ini yang keluar sebagai entri kat blog yang dah bersarang hampir sebulan lamanya? Macam dah takde benda lain yang hendak dipersoalkan lagi.Ha ha.
Apa-apa pun, ini blog aku. Suka hati aku lah nak buat apa pun.
Domain aku yang bayar tiap-tiap tahun.
Hosting pun bukan jiran aku yang setelkan apabila nak sampai expiry date.
Marshall pada aku adalah satu jenama yang memang tidak asing lagi untuk produk sound sytem dan juga sound amplification. Ianya amat sinonim dengan gitar elektrik. Jadi apa yang aku tahu tentang Marshall adalah ianya satu peralatan yang sangat popular untuk peminat serta penggemar kepada gitar elektrik. Biasa orang sebut gitar current. Kalau bercerita tentang gitar ni pasti tidak sah kalau tak sebut nama-nama pemain gitar kegemaran aku sama ada di dalam mahupun luar negara.
Jika dalam negara, aku amat meminati pemain gitar kumpulan Cromok iaitu Din (arwah) dan Karl. Sentuhan gitar mereka memang berhantu. Kalau tak percaya kalian boleh cuba dengar lagu Another You dan I Don’t Belong Here. Dah dengar baru kalian tahu bahawa orang Melayu pun terror main gitar. Manakala jika luar negara pulak, aku meminati pemain gitar kumpulan Metallica iaitu Kirk Hammet. Lagu-lagu Metallica ni tak payah nak sebut lah sebab aku tahu semua orang pasti tahu punya. Kalau kalian tak tahu pandai-pandailah cari kat google.
Alamak! Dah melalut sampai kepada pemain gitar lah pulak. Ok, kembali semula kepada tajuk entri kali ini iaitu Marshall atau Marshal? Nanti kalian akan tahu jugak kenapa aku mempersoalkan benda ni. Jadi follow sampai habis yer!
Marshal pulak apa benda? Jika cari dekat google, pasti akan jumpa tentang Marshal ni. Marshal adalah satu peringkat yang tertinggi dalam Pegawai Tentera di negara-negara tertentu. Paling popular aku rasa adalah US Marshal. Banyak betul aku tengok gambar-gambar kat google images.
Marshal pada pengetahuan aku pula ialah biro atau jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai dan mengiringi sesebuah kumpulan konvoi di jalan raya, tetapi bukannya berlagak seperti polis trafik yang boleh memberhentikan serta mengambil tindakan undang-undang ke atas pengguna jalan raya yang disabitkan dengan sesuatu kesalahan lalu-lintas. Marshal memang sangat penting untuk memastikan kelancaran perjalanan dan keselamatan sesebuah konvoi. Secara asasnya Marshal untuk konvoi kenderaan terbahagi kepada 10 bahagian seperti di bawah:
1. ZERO Marshal
2. CONTROL Marshal
3. KONVOI Marshal
4. SWEEPER / HOT CAR Marshal
5. TEAM LEADER Marshal
6. ASSISTANT TEAM LEADER Marshal
7. Kereta Peserta
8. BACK MARKER Marshal
9. MEDIK Marshal
10. MEKANIK Marshal
Aku tak nak menyentuh satu persatu definisi setiap Marshal tu kerana aku cuma nak kalian tahu perbezaan antara Marshall dan Marshal yang cuba aku nyatakan di sini. Kalian pasti berkata, apasal lah nak kena tahu benda ni? Apa faedahnya? Pada aku penting jugak sebab aku perhatikan banyak kereta yang menampal sticker “MARSHALL” pada cermin kereta. Aku percaya mereka adalah salah seorang Marshal untuk konvoi kelab kereta yang mereka sertai. Pasti mereka tidak menyedari akan kesilapan ejaan Marshal itu. Pada aku jika mereka tidak memperbetulkan ejaan itu, secara tidak langsung mereka telah mempopularkan lagi jenama Marshall serta menjadi ejen pengiklanan kepada produk-produk Marshall secara PERCUMA tanpa mereka sedari.
MY said: Teringin jugak nak jadi Marshal… 🙂
Pssst!!Cara nak buat duit mudah,sila klik DI SINI
(4385)
Lain-lain Entri Yang Juga Menarik:
selalu jugak jumpa typo macam ni..selain dari Marshall..hehe
blackrosehunter recently posted..Fakta Serta Alternatif Kepada Gula
haha…apa lagi yang biasa bro jumpa?cer citer…
sebutan seakan sama…tapi lain maksudnya tu…tapi kalau marsha dgn marshal memang jauh bezanya…:D
yer betul tu bro…
marsha londeh ke?huhu
welcome back bro…boleh aje jadi marshal…
hafiz recently posted..Ranking Alexa berjaya dicapai
thanks bro…hehe
Emm pernah nampak gak la orang tampal sticker tu kat kereta..ingatkan suka suki jer..rupanya ada makna yer..ke kereta demo ada gak sticker nih???wahhh jiwa rock demo dih..hahaha
orang yang berjiwa kental je berani tampal sticker tu…
kereta kawe dok tepek sticker gitu….rock huduh-huduh jah boh…hahaha
Rock hudoh2 pun rock jugok boh..pah mano lamo menghilang?harap demo sihat sejahtera sokmo..
Hafizul recently posted..Isteri Suka Tidur Awal? Apa Komen Suami?
dah tak lama dah tu bro…
geng2 radio amatur ni bro, dia ade connection ngn marshal tu ke?
hafizmd recently posted..Jejak Kembara Blogger Kacak Tanah Arab!
haha dok tahu bile lagi tu…
Marshal memang perlu menggunakan perhubungan radio di dalam sesuatu konvoi. Jika ada radio amatur menjadi satu advantagelah kepada seseorang marshal tu.
orait…jelas bro
hafizmd recently posted..Oh! Cermin Mata:Kedai Cermin Mata Terkini Berkualiti
pendek kata, serupa tapi tak sama. ehh ^_^
fyna recently posted..Keputusan JDT vs Pahang 1 Jun 2013 , Siapa Bakal Ke Final?
Boh, duk main tang nusuk mano ehh?lamo doh dop dgr kaba..kawe harap demo sihat sejahtera sokmo…aminnnn
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #55 – Bila Si Dia Mula Memegang Pena
gitu jugok ambenya….harap2 deme sihat sokmo 😛
hafizmd recently posted..Bila 2 Lelaki Kacak Bercendolan!
alhamdulillah…ambe sihat sokmo…
lama benar ni rehat..harap deme sihat sokmolah deh =)
selamat berpuasa bro!
hafizmd recently posted..50% Diskaun Ebook Ustaz Hasrizal Tak Kenal Maka Tak Cinta!
Boh, demo ok dop?lamo tinggal blog..haha..kawe harap demo ok sokmo..ko pah luar negara doh?
Hafizul recently posted..Teknik SEO Yang Menjadi Sebutan
kawe ok…duk bertapo boh…
selamat menyambut bulan Ramadhan
oooo…tapo…kang keluar penuh ilmu…baguh
hafizmd recently posted..Cara Mudah Menulis Artikel
Lepas ni xpayah la company Marshall hire iklan untuk produk mereka hehe
betul tu…haha
guna je cara yang terbaik untuk senangkan bro,tak perlu kisah sangat pandangan org laen
warna pelangi recently posted..Cara Daftar Maybank2u
aku tauk yg filem nama marshall je.hehe. anyway, selamat berkenalan bro 🙂
pahan recently posted..[Solve]How to get Nuffnang Glitterati Status in less 24 hours
US Marshal..haha.
Yup…selamat berkenalan bro…
yap..ramai yang masih keliru.
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 61 dan 62
yes..jangan biarkan diri anda di dalam kekeliruan…huhu
terimakasih sharingnya.