Siapa Tidak Kenal Buah Gajus?

Siapa tidak kenal nama buah seperti di dalam gambar di atas?Sila senyum…hehehe.Buahnya berbiji di luar.Pelik kan?Umum mengenalinya dengan nama ‘buah gajus’. Tetapi jika di kampung halaman saya (Terengganu), buah ini dipanggil dengan nama ‘buah jambu golok’.Kenapa buah jambu golok?Kenapa tidak dipanggil ‘buah butir di luar’ ke?Entahlah kenapa.Tiada jawapan yang spesifik.Tetapi mungkin juga kerana buahnya berbentuk seperti jambu dan bijinya seperti ‘golok’ ataupun parang.Rasanya memang betullah tu asal-usul nama buah ini.

Jika di negeri kelahiran saya,Kelantan, buah ini dipanggil dengan nama ‘ketereh’ atau biasa disebut ‘buoh terey’.Buah ini amat popular di Kelantan sehinggakan ada satu tempat dinamakan sempena nama buah ini iaitu Ketereh. Produk paling popular di Kelantan iaitu ‘budu’ juga ada mengambil nama buah ini sebagai cap dagangan;Budu Cap Ketereh.

Apakah kegunaan buah gajus ini?Isi buah gajus sedap dimasak gulai lemak.Bijinya pula sungguh enak dimakan jika dibakar.Teringat pada zaman kanak-kanak dulu.Selepas makan buahnya,saya suka kumpul biji buah gajus untuk dibakar.Semasa proses membakar di dalam ungun api kecil,biji gajus biasanya akan merekah dah pecah serta menghasilkan bunyi letupan seperti mercun bawang.Biji gajus juga akan memercikkan getahnya.Kesan getah ini jika terkena pada baju memang sukar untuk dihilangkan.Oleh itu kenalah berhati-hati semasa membakar biji buah gajus ini.

Jika dulu di kampung saya iaitu Kampung Raja,Besut Terengganu ada sebuah kilang yang beroperasi untuk memproses biji buah gajus.Tetapi kini kilang itu rasanya sudah tiada lagi.Biji buah gajus yang sudah diproses biasanya digunakan untuk diletakkan di dalam kuih atau biskut selain daripada untuk dimakan begitu sahaja.

Itulah serba sedikit cerita tentang buah gajus atau jambu golok atau buoh terey yang dapat saya kongsikan di sini.Jika anda ada apa-apa info atau cerita atau peristiwa yang hendak diceritakan,silalah ringankan tangan untuk menaip di ruangan komen.

(2995)

About The Author

6 thoughts on “Siapa Tidak Kenal Buah Gajus?

  1. En. Embun

    Askum kpd En. Mohd.

    Boleh tlg ajar cara mproses buah gajus? Hantar ke email saya ya. Ada kata potong dulu mentah baru goreng @ sagai. Getahnya kalau kena tangan, susah nak tanggal. Betul ke? Nak ajar anak2 buah yang ajaib ALLAH cipta yang bijinya diluar. Hingga boleh dibuat tekateki – Apakah buah biji diluar. Sungguh hebat wahai Tuhan.

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      Waalaikumussalam En.Embun,

      Saya pun tak pasti cara terbaik untuk memproses buah ni.Jika dulu saya lihat ibu saya cuma rendam di dalam air selepas buah itu dipotong.Mungkin En.Embun boleh dapatkan maklumat melalui pencarian di google.Terima kasih.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *