Retro Sabtu : Dibadai Asmara – Sera

Pada pagi Sabtu yang dingin begini, teringin aku melayan lagu-lagu retro. Jadi, untuk entri pertama Retro Sabtu, aku kongsikan satu lagu daripada kumpulan muzik rock yang popular pada tahun 90-an. Nama kumpulan ini adalah Sera. Berasal dari Kelantan.

Kumpulan Sera…popular dengan lagu Dibadai Asmara

Ahli-ahli kumpulan Sera terdiri daripada:

  • Oyee-Vokalis
  • Uban-Gitar
  • Kamil-Gitar
  • Rahim-Bass Gitar
  • Zulkifli-Dram

Satu-satunya album kumpulan Sera bertajuk ‘Sentuhan Rasa’ terbitan pada tahun 1991. Antara tajuk lagu yang terkandung di dalam album ini adalah seperti berikut:

Sentuhan Rasa ’91 – (1991)

  • Dibadai asmara
  • Terbakar cinta
  • Demi maruah
  • Riwayat
  • kenangan pahit
  • Aku Pemuisi Rindu
  • Dalam Sebuah Rindu
  • Perjuangan
  • Bisikan Hati
  • Krisis Dunia

Jom dengar lagu ni, dan berilah komen anda tentang lagu ni. Mungkin mengingatkan anda tentang sesuatu peristiwa ataupun apa saja yang terlintas di minda anda.Layannnn…

Lirik lagu Dibadai Asmara:

Haruskah…
Aku terus merayu padamu
Haruskah…
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun… aku hanya penanti

Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu

Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara

Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta

Bisakah
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah
Kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahgia

(5495)

16 thoughts on “Retro Sabtu : Dibadai Asmara – Sera

        1. muhamad yusri Post author

          betul tu…pastu senang nak dapat plak tu…main download jer…kalau dulu kena beli kaset.tak dapat yang ori beli yang ‘local’ pun jadi lah kat pasor malam…hehehe.RM5 se…

          Reply
    1. She40

      Minat btol dgn lagu ni.. FAVOURITE & jatoh cinta dgn Oyee :'( Aku pon hanya penanti… nak tgk gambar terkini klau bole…hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge