Retro Sabtu : Bukalah Hatimu – Umbrella

Kumpulan Umbrella…foto kredit to zarulumbrella.com

Masih terngiang-ngiang lagi di diafragma telinga ku lagu Bukalah Hatimu daripada kumpulan yang top dan meletup pada penghujung tahun 1995. Harapnya betullah tahun yang aku letak ni sebab seingat aku masa aku tengah tunggu result SPM, aku selalu dengar lagu yang berentak samba ini dimainkan di kedai-kedai kaset di setiap stesen bas, pusat-pusat membeli-belah dan corong-corong radio. SPM aku pada tahun 1995, jadi confirmlah pada tahun 1995 album Seribu Rahmat daripada kumpulan Umbrella telah mula dijual di pasaran Malaysia. Untuk pengetahuan kalian, album ini telah terjual melebihi 90,000 unit. Satu angka yang memang sangat besar pada ketika itu. Kalau silap harap Bro Zarul Umbrella dapat perbetulkan :-).

Blog Zarul Umbrella…header blog yang terkini.

Jika kalian ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang kumpulan Umbrella ni samada cerita dulu-dulu ataupun yang terkini, boleh lah singgah ke blog kepunyaan penyanyi kumpulan Umbrella iaitu Zarul. Macam-macam ada kat blog beliau. Beliau gemar sekali berkongsi pengalaman beliau setiap kali on duty di luar negara. Jadi luaslah sikit pengetahun tentang tempat-tempat yang menarik di luar negara. Yerlah, kalau nak pergi sendiri entah bilalah agaknya boleh tercapai.Aku tak nak membebel panjang-panjang lagi kat sini sebab aku nak layan lagu Bukalah Hatimu untuk retro Sabtu minggu ini. Kalau kalian nak join sekali, meh layan sama-sama lagu kat bawah ni:

Jika kalian ada cerita nak kongsi tentang lagu ini boleh lah ringankan jari-jemari halus kalian menaip komen pada penghujung entri ini. Terima kasih.

(1713)

About The Author

8 thoughts on “Retro Sabtu : Bukalah Hatimu – Umbrella

    1. muhamad yusri Post author

      rentak samba dia memang best…
      tahu gok eh.frust nunggeng bokali…hehe
      dengar lagu ni kawe ingat zame lepas SPM duk lepok kat stesen bas jerteh…sebab keda kaset situ berehi pase lagu ni etek..hehe

      Reply

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *