Retro Sabtu : Kasih Yang Tak Pasti – Panji

Sejunjung langit, sehamparan bumi,
Salam se ante flora fauna, anugerah yang difitrahkan,
Senang dan susah warna naluri, bertatah panji sejati.

Kata-kata di atas adalah kata aluan yang telah ku petik dari dalam album pertama kumpulan Panji yang bertajuk ‘Senang’. Album yang diterbitkan oleh Azam Dungun pada tahun 1993 ini begitu popular sekali dengan lagu-lagu seperti Kasih Yang Tak Pasti, Maizo dan Semilir.

Kumpulan Panji berasal dari negeri Terengganu yang mana penyanyinya, Norman merupakan orang Jerangau. Kumpulan Panji telah mengeluarkan album mereka yang kedua pada tahun 1996 dengan tajuk ‘Ada Lagi’. Antara lagu yang popular ialah Sayap Terluka. Selepas album kedua, tiada lagi album baru yang kumpulan Panji hasilkan. Malah cerita-cerita tentang kumpulan ini juga sudah tidak kedengaran samada di media cetak ataupun media elektronik.

Kaset…Korang ada???

Aku masih lagi menyimpan kaset album pertama kumpulan Panji. Kalian ada? Hehe. Kaset ini masih lagi di dalam keadaan yang baik dan sempurna. Cuma apa yang sayangnya adalah aku tiada pemain kaset. Dulu aku ada sebiji mini Hi-Fi yang aku selalu mainkan kaset-kaset lagu ataupun ceramah agama. Tetapi Hi-Fi tu telah aku buang dek kerana rosak. Kini aku tengin untuk mencari pemain kaset supaya dapatlah aku mendengar kembali kaset-kaset yang dalam simpananku.

Aku rasa tak payahlah bercerita panjang meleret-leret lagi pasal kumpulan Panji ini ataupun kaset-kaset aku yang banyak itu 🙂 . Marilah kita layan salah satu lagu kumpulan Panji berduet dengan Ameng dari kumpulan Spring yang bertajuk Kasih Yang Tak Pasti untuk Retro Sabtu minggu ini. Jika kalian ada cerita ataupun memori di sebalik lagu ini, silalah kongsikan di bahagian komen ya…adios…

(4274)

About The Author

25 thoughts on “Retro Sabtu : Kasih Yang Tak Pasti – Panji

    1. muhamad yusri Post author

      Yer bro…lagu Sayap Terluka tu dari album ke-2 Panji ‘Ada Lagi’ tahun 1996 . Penyanyi pun dah tukar iaitu Norman (gitarist).
      Time saya dah habis SPM.huhu
      memang layan…

      Reply
  1. Rozzi Panji

    Vocalist saya Norman Panji dah pergi mengadap Ilahi pada jam 7.40mlm smlm hr sabtu 9dec.2017..di rumah kakaknya di Sungai Buaya, Dungun..Terengganu…Moga rohnya berada di sisi org2 yg beriman di alam sana..aaminn

    Reply

Leave a Reply to yuzairi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *