Tiket Konsert Iron Maiden Berharga RM241.20

Iron Maiden

Kumpulan lagenda rock heavy metal terkenal di dunia, Iron Maiden akan mengadakan konsert di Singapura pada 15 February 2011 pada pukul 8.00 pm bertempat di Singapore Indoor Stadium. Konsert ini dinamakan ‘The Final Frontier’ sempena World Tour Singapore 2011.

Tiket yang dijual adalah berharga SGD101.00 bersamaan dengan RM241.20. Ini adalah untuk tempat duduk biasa dan bukan untuk tempat duduk di bahagian depan grand stand. Harga yang paling ekonomi lah senang cerita. Manakala harga yang paling mahal adalah SGD151.00. Anda convertlah sendiri yer kepada RM.

Photo credit to mudah.my

Saya ada ternampak dekat mudah ada hamba Allah yang menjual tiket konsert itu dengan harga RM230.00. Kenapa dia jual balik tiket tu, wallahuallam. Tapi itu kira dah murah lah tu jika dibandingkan dengan harga sebenar.

Ini adalah tiket konsert Iron Maiden yang kawan saya, Zul pergi beli dekat Singapore pada minggu lepas. Thanks to him for this photo.

Jadi kepada peminat rock umumnya dan peminat fanatik Iron Maiden khususnya, jangan lepaskan peluang untuk menonton konsert ini!

Anda peminat Iron Maiden? Atau peminat kumpulan/penyanyi lain?

Berikan komen anda.

(598)

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *