Char Kuey Teow Tersedap di Johor

Dulu saya tak berapa suka makan kuey teow.Tidak kiralah sama ada goreng,sup dan apa saja.Tetapi setelah mencuba makan char kuey teow dekat Taman Daya pada tahun 2008 bersama rakan sekerja ketika di old saltmine, saya mula menyukainya.Memang sedap char kuey teow yang dijual di sini.

Selepas berpindah ke rumah baru saya di Taman Bestari Indah,Ulu Tiram,char kuey teow di Taman Daya sudah tidak dapat untuk dinikmati lagi dek kerana agak jauh lokasinya. Tetapi,alhamdulillah di taman yang saya tinggal sekarang juga sudah ada orang yang menjual char kuey teow yang sesedap di Taman Daya itu. Pertama kali membeli char kuey teow di situ saya seperti macam mengenali penjual itu tetapi belum tergerak hati untuk bertanya.Selepas makan kali pertama char kuey teow di situ saya dapat rasakan bahawa keenakannya seakan sama seperti char kuey teow di Taman Daya.

Pada kali kedua pergi membeli char kuey teow,penjual itu memberitahu saya bahawa dia seperti mengenali saya.Saya juga memberitahu kepadanya demikian juga.Bermulalah soal jawab di antara saya dan penjual char kuey teow itu.Akhir sekali barulah saya ingat bahawa kami pernah bekerja di satu saltmine yang sama suatu ketika dulu.Amy nama penjual itu.Orangnya berasal dari Kelantan dan juga tinggal di Taman Bestari Indah.Apabila saya memberitahunya yang rasa char kuey teow ini sama seperti char kuey teow di Taman Daya, isterinya mencelah sambil tersenyum menyatakan bahawa penjual di Taman Daya adalah ‘guru’nya.Huhuhu…no wonderlah rasenya saling tak tumpah.Akhirnya persoalan sudah terjawab.

Jadi jika anda teringin untuk mencuba char kuey teow yang tersedap di Johor,silalah datang ke Taman Bestari Indah,Ulu Tiram dan singgahlah di gerai ‘Amy Char Kuey Teow’ yang terletak di hujung deretan rumah kedai taman ini.

Puteri Kembar saya sabor menunggu char kuey teow yang sudah diorder.

Layannnn…

(5441)

About The Author

10 thoughts on “Char Kuey Teow Tersedap di Johor

    1. muhamad yusri Post author

      Alamak!Jalan Bestari berapa yer?
      Senang saja bro nak cari gerai ni.Kalau pergi ke Taman Bestari Indah,ada satu deretan kedai yang mana di belakangnya ada pondok polis komuniti Taman Bestari Indah.
      Gerai ni terletak di hujung bawah deretan kedai itu lah…

      Reply
  1. atleastcubarasa

    salam..
    google koteow kerang then sampai sini. btw aku antara peminat koteow kerang. kalau dulu ni, byk gerai jual tp skang ni dah mcm susah sgt nak jumpa. yg byk ada gerai char koteow ni. ada yg buat char koteow kerang tp feel dia tetap tak sama. kot2 la ada jumpa gerai semata-mata specialist koteow kerang kt johor ni, inform la ya..

    Reply

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *