Keropok Lekor Oh Keropok Lekor

Salam Semua,

Hari ini pagi-pagi lagi dah memecut 4G18P aku menuju ke Terminal Bas Larkin. Aku mendapat SMS dan call dari pakcik aku yang memberitahu barang yang aku order telah dihantar dan akan sampai pada pukul 8.00 pagi di Larkin. Barang apa sebenarnya yang aku nak pergi ambil ni? Macam penting dan gempak je bunyinya. Haha…

Sebenarnya aku pergi ambik keropok lekor yang telah aku order pada hari Jumaat yang lepas. Memang kebiasaannya aku mintak pakcik aku hantar pada hari Sabtu malam dan aku boleh pergi ambil pada pagi Ahad. Keropok lekor tu dihantar dengan cara ‘tumpang’ bas ekspress yang datang dari Kelantan dan menuju ke Johor Bahru. Walaupun ‘tumpang’ tapi tetap ada juga bayaran dan bukannya free.

keropok lekor 696 dalam vacuum pack

Vacuum pack…terjamin kualiti dan tahan lama

Sudah beberapa kali juga aku order keropok lekor Terengganu daripada pakcik aku yang mengusahakan pembuatan keropok lekor di Besut, Terengganu. Jika sesiapa yang berkesempatan bolehlah singgah di kedai beliau di Paya Rawa, Kampung Raja yang diberi nama Keropok Lekor 696. Jika bernasib baik boleh lihat sekali proses membuat keropok lekor. Untuk pengetahuan kalian, pakcik saya tu pernah mendapat bimbingan dari pengusaha keropok lekor tersohor di Terengganu iaitu Keropok Lekor BTB 2209. Jadi, resipi, ramuan dan rasa keropok lekor yang beliau hasilkan adalah sama seperti produk Keropok Lekor BTB 2209.

Keropok Lekor 696

Sign Board…Keropok Lekor 696 di Kg. Paya Rawa,Besut

Biasanya aku dan XYL akan mengumpul order daripada rakan-rakan sekerja yang menggemari keenakan keropok lekor Terengganu yang tiada tolok bandingnya. Kemudian aku akan berikan order tu kepada pakcik aku. Buat masa sekarang aku belum lagi bercadang untuk mencari pelanggan di luar seperti kedai-kedai atau pun peniaga-peniaga kecil dek kerana bimbang ketiadaan masa untuk menguruskan hal-hal berkaitan.

Berbalik kepada keropok lekor itu tadi, aku biasannya akan order keropok lekor yang dibungkus secara vacuum pack kerana kualiti keropok akan terjamin dan tahan lebih lama. Setiap bungkus mempunyai 10 batang keropok lekor yang kaya dengan isi ikan bermutu. Di samping itu juga sos pincicah turut dibungkus bersama dengan keropok lekor itu tadi.

keropok lekor 696 dalam freezer

Penuh freezer…keropok lekor yang baru sampai

Bagi order minggu ini, pakcik aku sertakan free gift iaitu keropok lekor mini goreng. Keropok ini sudah siap di goreng dan boleh terus dimakan. Tak payah susah-susah nak panaskan minyak serta goreng lagi.

keropok lekor 696 mini goreng

Keropok Lekor Mini…Sudah siap digoreng dan sedia untuk terus dimakan

OK lah, aku nak pergi goreng keropok lekor ni. Tak sabar rasanya nak makan sambil tengok TV. Huhu…

 

(8529)

About The Author

50 thoughts on “Keropok Lekor Oh Keropok Lekor

  1. hafizmd

    Boh, deme ni mmg saje wat perut ambe memberontak…

    Napok gayenya, tengahari kejap lagi, ambe terpaksa terjah kilang keropok kat area sini…nok kena acu cuba test..kot2 sedap…buleh ambe buat stok…

    Terliur wehhhhhhhhhhhhh!

    Reply
        1. muhamad yusri Post author

          hok tu yang kita cari…rase biar tekok buleh terima…bukan main buat pastu jual nok utung jah…

          deme gok wat tubek pulok perkataang hok buat ambe nok suke nih…hahaha

          Reply
  2. Hafizul

    Hehe..tuuu dia..kawe ajin lalu jah kot kdai pak cik demo nih..nak brenti malu..haha..nanti kawe keno g jugok..nok raso jugok air tangan sek2 felda ni..haha..menarik packing dia..ni first time kawe tgok pancking mcm nih..

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      demo gak gitu sokmo…kawe royak berapo kali doh…acu tra gak gi singgoh kedai dio tu…insyaAllah buleh make free punyo…huhu
      Pade dgn hargo mesin packing tu…huhu

      Reply

Leave a Reply to MK Kimi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *