Restoran Johor Steamboat akan dibuka secara rasminya pada 18.05.2015 ini. Jadi, kepada warga Johor Bahru dan yang berdekatan dengannya sila kosongkan perut korang pada 18.05.2015 ini kerana Johor Steamboat akan belanja korang semua makan free buffet steamboat bermula jam 8.00 malam sampai kenyang. Sudah pasti menu-menu gempak menanti korang semua. Sememangnya berbaloi-baloi jika datang pada hari tersebut.
Sempena promosi pembukaan Johor Steamboat, tawaran berganda bukan setakat makan free pada hari pembukaan sahaja malah mereka juga akan terus belanja korang pada hari berikutnya iaitu pada 19.05.2015. Diskaun hebat RM10 Seorang (50% diskaun) pada pelanggan yang hadir pada hari tersebut.
Jadi kepada penggemar steamboat, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan steamboat percuma ini di Johor Steamboat yang mana terhad pada 18.05.2015 sahaja manakala diskaun 50% pada hari berikutnya 19.05.2015. Maklumlah bukan senang nak dapat peluang keemasan macam ni. Setahun sekali pun belum tentu.
OK. Di sini aku kongsikan serba sedikit info yang korang perlu tahu tentang Johor Steamboat ni:
- Makan free buffet steamboat pada 18.05.2015 bermula jam 8.00 malam sehingga jam 12.00 tengah malam.
- Diskaun 50% pada 19.05.2015 bermula jam 5.00 pm sehingga jam 12.00 tengah malam. (Dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5).
- Tidak perlu booking/tempah untuk datang makan pada 2 hari tersebut.
- Boleh mula booking/tempah pada 20.05.2015 dan hari-hari seterusnya.
- Sebanyak 50 set meja disediakan dan berkapasiti 7~10 orang untuk satu meja.
- Hidangan istimewa daging kambing adalah kambing hidup yang segar baru disembelih dan bukannya daging sejuk beku.
Itulah serba sedikit info yang harus korang tahu pasal Johor Steamboat ni. Harapnya berguna buat korang yang berhajat nak datang pada hari pembukaan nanti.
Lokasi Restoran Johor Steamboat:
No.2, Jalan Adda 3/3,
Taman Adda Heights,
81100 Johor Bahru, Johor.
Waktu operasi biasa: pukul 5.00 pm ~ 12.00 am
Kadar Bayaran Johor Steamboat:
Dewasa : RM20.00 seorang
Kanak-kanak (7 ~ 12 tahun) : RM10.00 seorang
6 tahun ke bawah : Percuma
(2050)
About The Author
Huhu..kedai sapo nih? Haha.. nok rebut peluang makan percuma ni jauh pulok..haha
kawe pung dok kenal owner kedai ni…hahaha
siang tadi terdengar iklan kat radio pasal tempat nie..terus pi cari sebab dekat je dgn rumah. memang meriah sungguh. 😀
erm…Johor steamboat memang ada iklan dlm Best FM…dari sebelum restoran tu buka lagi…sbb tu time perasmian itu hari diorang jemput DJ2 Best FM…