Aku Dan Radio Amatur – Part 1

Terdetik hari ini untuk aku berkongsi dengan korang serba sedikit tentang bagaimana aku boleh terjebak dengan dunia Radio Amatur (RA) atau Ham Radio ni. Aku rasa elok jugak aku ceritakan benda ni kerana secara tidak langsung aku boleh jadikan rujukan untuk aku mengimbas kembali detik-detik perkenalan aku dengan RA ni. Amateur Radio

Aku mula mengetahui tentang RA ni ketika menuntut di Intitut Teknologi Mara (ITM), Shah Alam atau lebih dikenali dengan UiTM (FYI:ITM diisytiharkan berstatus Universiti pada tahun 1999 iaitu ketika aku berada di tahun akhir pengajian Kejuruteraan Elektrik). Major subjek aku ketika itu adalah Electronics Communication. Ya, dalam subjek itu lah aku diperkenalkan dengan RA iaitu salah satu applikasi di dalam telekomunikasi. Teori tak berapa nak faham sangat time tu. Tetapi praktikal je yang seronok. Dapat belajar menggunakan alat-alat komunikasi. Paling best boleh pantau perbualan 2 hala di talian telefon. Kalau kena dengan tune dapat dengar couple yang tengah bergayut. Tersenyum sorang-sorang kalau aku ingat kembali kenangan itu. Korang sendiri boleh agak kan apa yang aku dengar.He he.

WPC Logo

Itu masa belajar dulu. Habis final exam semua itu dilupakan. Sehinggalah aku menyertai satu kelab kereta iaitu Waja Performance Club (WPC) pada tahun 2008. Ketika hari pertama aku diperkenalkan dengan ahli-ahli kelab ini, aku dah mula tertarik dengan RA. Orang yang bertanggungjawab membawa aku masuk ke dalam WPC adalah Bro Zin. Beliau yang menghubungi aku yang pada ketika itu tengah online kat forum WPC. Masa tu beliau mengajak aku untuk berjumpa dengan ahli-ahli WPC yang lain. Istilah biasa untuk kelab-kelab kereta ialah TT (teh tarik session-sesi berkumpul sesama ahli kelab).

9W2ZIN

                 Bro 9W2ZIN

Kali pertama berjumpa dengan Bro Zin aku dah impressed dengan peralatan RA yang dia bawa. Di bonnet belakang jalopy dia terpacak satu antenna panjang. Ahli-ahli Ham Radio biasa sebut ‘joran’. Di tangan beliau ada set handy (walkie-talkie) yang tak pernah aku lihat sebab tak sama dengan set yang biasa Pak Guard/Mak Guard pakai. Dalam jalopy kat dashboard ada satu set radio yang dipanggil mobile rig.
Pada bahagian belakang jalopy beliau ada sticker yang bertulis 9W2ZIN. Masa tu aku langsung tak tahu apa benda 9W2ZIN tu. Dan aku langsung tak pernah bertanya pun dengan beliau pasal tu. Aku cuma mengagak ni nama atau registered number dia dalam WPC kot?Haha…

JOM BUAT DUIT HANYA DUDUK DI RUMAH

Apabila berjumpa dengan ahli-ahli WPC yang lain di TT, masa tu buat kat kawasan parking depan Rumah Limas,Danga Bay pada setiap hari Jumaat lepas Isyak. Rupanya ramai lagi yang pakai ‘joran’ panjang tu dan ada sticker ‘9W2‘ kat belakang jalopy memasing. Aku semakin yakin ni registered number dalam WPC. Kalau aku daftar sebagau ahli WPC pasti aku pun akan dapat nombor ni kot. Hehe

Aku rasa sampai di sini dulu untuk part 1 ni. Lain masa aku sambung lagi. Ada banyak lagi cerita Aku dan radio Amatur ni. InsyaAllah…

“A Gun can kill one people, but Communications can ‘kill’ one Nation”

Adios,73.

(4115)

About The Author

34 thoughts on “Aku Dan Radio Amatur – Part 1

    1. muhamad yusri Post author

      itu memang syarat wajib kalau ada bawak peralatan radio amatur.di samping itu memudahkan operator ham radio yang lain untuk contact…hehe
      Bro dah dapat callsign belum?

      Reply
    1. muhamad yusri Post author

      samalah bro…radio commercial pun dengo jugak hari-hari…
      tapi kalau radio amatur jika dah ada lesen A/B, kita boleh transmit sekali di udara suara kita.bukan setakat monitor je bro…huhu

      Reply
  1. Anak Askar Pencen

    Setahu saya, radio amatur ni kalau nak join kena ada lesen kan? Sekarang ni ada lagi ke kena buat permohonan lesen untuk radio? Dulu-dulu susah sikit sebab kalau kat Perak ni, time komunis, ada frekuensi radio haram diorang broadcast guna AM. Kalau tak silap saya lah.

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      Memang kena ada lesen dan untuk memohon lesen kita mesti lulus dulu exam (RAE).SKMM masih lagi membuka permohonan untuk lesen radio amatur ni.Manakala RAE pula diadakan 2 kali setahun.

      Reply
  2. Pingback: Nama Baru Aku | MUHAMADYUSRI DOT COM

  3. Pingback: 5 Tip Untuk Lulus Peperiksaan Radio Amatur | MUHAMADYUSRI DOT COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *