Masih Tercari-cari Callsign

Sudah setahun aku lulus RAE. Tapi sampai sekarang aku belum lagi mohon callsign.
Amenda sebenarnya callsign ni? Senang cerita callsign ni nama unik untuk seseorang pemegang lesen Radio Amatur. Callsign ini digunakan semasa di dalam perbualan menggunakan peralatan radio amatur.

Bukan tak nak mohon, tapi kesibukan kerja membuatkan proses untuk melengkapkan dan menghantar borang permohonan terbengkalai. Sebenarnya aku masih tercari-cari callsign untuk aku mohon.
Di dalam borang permohonan, diberikan 3 pilihan untuk callsign. Jadi di dalam benak fikiran aku, aku bercadang untuk memilih callsign-callsign ni:

1) 9W2YSR
2) 9W2YUS
3) 9W2MYW

Aku dah check kat web site SKMM, kesemua callsign di atas masih available. Jadi sebelum ada orang yang kebas baik aku mohon cepat-cepat. Kalau tidak terpaksalah cari callsign yang lain pulak.
Jika nak check callsign,boleh klik di sini > Check Callsign

Callsign Radio Amatur

Foto kredit kepada 9W2EDU

Apa yang perlu dibuat untuk permohonan callsign ni? Di bawah ada langkah-langkahnya:

1) Isi borang permohonan Apparatus Assignment. Borang ni boleh didownload di laman web SKMM.
Download Borang Permohonan Callsign (Apparatus Assignment)
Sila pilih untuk download borang Amateur Radio.

2) Yuran permohonan sebanyak RM60 dikenakan untuk setiap permohonan. Manakala yuran tahunan RM24 (kelas B) dan RM36 (kelas A). Bayaran boleh dibuat dengan cek,wang pos,kiriman wang ataupun secara online di laman web SKMM.

3) Surat Rujukan yang ditandatangani oleh anggota bertauliah MARTS ataupun pemegang lesen Kelas A iaitu pemegang callsign 9M2 (semenanjung) / 9M6 (Sabah) / 9M8 (Sarawak).

4) Surat pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah.

Dah siap semua tu bolehlah hantar ke mana-mana Pejabat Wilayah SKMM. Kemudian SKMM akan hubungi untuk maklumkan samada permohonan berjaya atau tidak. Jika berjaya, lesen Radio Amatur yang dah siap akan dihantar terus ke rumah.

Dah ada lesen bolehlah menggunakan peralatan radio amatur dan mula memancar di udara suara korang.
Itulah serba sedikit untuk panduan. Harap informasi ini dapat membantu bagi mereka yang memerlukan.

Adios,73.

(7149)

About The Author

14 thoughts on “Masih Tercari-cari Callsign

  1. Pingback: Top Komentator Disember 2013 Pondok Kecil - Pondok Kecil

Leave a Reply to Hafizul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *