Peperiksaan Radio Amatur (RAE2014-6)

RAE 2014-6

Semalam 21 April 2014, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan tentang Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri 1 bagi tahun 2014. Butiran lengkap berhubung peperiksaan ini adalah seperti berikut:

RAE2014-6_Date

Permohonan untuk menduduki peperiksaan ini boleh dibuat secara online atau pun secara manual dengan menggunakan borang permohonan bercetak. Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi SKMM atau di URL SKMM. Borang bagi permohonan secara manual boleh juga diperolehi dari laman sesawang rasmi SKMM dan di semua Pejabat Wilayah SKMM.

Yuran yang perlu dibayar bagi peperiksaan ini adalah sebanyak RM50.00. Jika permohonan secara online, pembayaran yuran boleh dibuat secara pemindahan wang. Manakala permohonan secara manual perlu dijelaskan melalui Wang Pos Malaysia, Kiriman Wang atau Draf Bank atas nama ‘SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA’.

Cara-cara untuk membuat permohonan RAE secara online, sila klik link di bawah:

Permohonan Peperiksaan Radio Amatur Online

Jadi kepada semua yang berminat untuk mendapatkan lesen radio amatur terutama Ham Radio yang mana bercita-cita untuk mempunyai callsign sendiri bagi mengendalikan Radio Amatur secara sah, bolehlah menghantar permohonan secepat mungkin. Maklumlah jumlah calon bagi RAE ni adalah terhad. First come first serve.

Radio Amatur_Base Station_9M2ODY

Photo credit to 9m2ody.blogspot.com

MY Said: Selamat mengisi dan menghantar borang permohonan RAE 2014-6.

(4022)

About The Author

10 thoughts on “Peperiksaan Radio Amatur (RAE2014-6)

    1. muhamad yusri Post author

      Bukan mcm stesen radio komersil tu bro…
      radio amatur ni merupakan salah satu cabang dalam sistem telekomunikasi…bole try google untuk mendapatkan info yang lebih lanjut…thx

      Reply
  1. Ez

    Dah sebulan jadi SWL baru hari ni register untuk exam RAE 2014-12…
    Risau juga sebab tak tau apa-apa lagi pasal HAM..
    Yus boleh cadangan apa-apa buku atau bahan rujukkan yang boleh membantu?

    Reply
    1. muhamad yusri Post author

      Jadi Ez akan ambil RAE minggu depan ke?
      OK.Ez baca nota yang kat web site SKMM.
      Pastu baca dan practice soalan basic electronics..ohm law especially…
      then cuba try buat contoh2 soalan yang lepas.
      In syaa Allah boleh lulus…

      Reply

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *