Ermmm.
Tapai pulut ni amat sinonim dengan Hari Raya. Jika di sebelah Pantai Timur, tapai pasti menjadi salah satu hidangan wajib. Actually, tapai pulut ni adalah salah satu makanan tradisi turun-temurun. Rakan karibnya ialah ketupat daun palas. Pelbagai jenis daun boleh digunakan untuk membungkus tapai pulut ni. Daun pisang, daun rambai, daun jambu air, daun keladi, daun koko dan daun getah.
Tetapi bungkusan yang paling unik bagi aku adalah daun getah kerana ianya mempunyai 3 helai daun pada setiap tangkai. Jadi ada 3 biji tapai lah untuk setiap tangkai.
Rasa tapai pulut ni sangat manis walaupun tidak dicampur dengan gula semasa proses membuatnya.
Banyak pantang larang yang mesti diikuti untuk mendapatkan rasa tapai yang terbaik.
Antara Pantang-Larang Buat Tapai:
- Masa buat tapai tak boleh dalam keadaan period ye (untuk perempuan je). Nanti tapai tak menjadi dan rasa masam.
- Tak boleh buat tapai dekat dengan benda-benda yang warna merah, nanti tapai jadi warna merah juga.
- Kalau nak buat tapai, tak boleh kecoh-kecoh. Kena senyap je, Tak boleh orang tahu. Kalau tak jadi masam.
- Tak boleh peram guna bekas besi, aluminium. Kena guna daun-daun atau plastik.
Banyak gak pantang larang nak buat tapai ni kan? Korang rasa betul tak? Tak pe korang boleh cuba dulu dan tengok apa hasilnya.
Ada lagi. Pada wanita yang mengandung, jangan makan tapai, dikhuatiri gugur atau turun darah sebab tapai mengandungi ragi. Ragi tu agak tajam dan panas. Tapi jangan sampai kempunan pulak. Nanti anak yang lahir tu meleleh je air kat mulut.
Sekarang ni, tapai pulut sudah senang didapati dan tidak perlu tunggu Hari Raya untuk mendapatkannya. Kerana ada orang jadikan tapai pulut ni sebagai salah satu produk makanan untuk jualan harian. Memang menguntungkan kerana masih kurang persaingan sedangkan banyak permintaan dari orang ramai.
Aku belum pandai lagi untuk membuat tapai pulut ni. Tapi biasa tolong mak aku bungkus tapai.
Setiap kali balik kampung pasti aku akan mintak mak aku buatkan untuk dibawa balik ke Johor.
Stok daun getah memang tak pernah putus kerana mak aku memang sengaja tanam pokok getah kat belakang rumah untuk tujuan buat tapai.
Aku cuba beri resepi tapai pulut daun getah untuk korang yang mungkin ingin cuba membuatnya.
Resepi Tapai Pulut Daun Getah.
Bahan-bahan:
1) Daun getah
2) Lidi kelapa
3) Beras pulut
4) Ragi
Cara membuatnya:
1) Kukus beras pulut sehingga masak
2) Letakkan pulut ke dalam dulang dan dibiarkan sejuk
3) Taburkan ragi yang sudah dihancurkan halus ke atas pulut
4) Gaulkan sehingga ragi dan pulut sebati
5) Bungkus pulut dengan daun getah
6) Kemaskan bungkusan dengan lidi
7) Letakkan tapai yang dah siap dibungkus ke dalam bekas.
8) Peram untuk 2 malam.
9) Dah boleh dihidang dan dimakan.
Jika korang ada sebarang kemusykilan dengan info di atas, bolehlah luahkan di bahagian komen di bawah.
(5987)
About The Author
biasa time hari kawin je ada tapai daun getah kat sini
huhu unik tu bro…pasti best kan?
ada pengalaman balut tapai? bestnya…
tentang pantang larang tu… period dgn benda merah tu, pernah tanya mak
mak cakap…mak buat tak ada masalah pun
balut tapai memang dari kecik lagi dah biasa buat. bab bungkus ketupat daun palas je belum katam lagi..huhu
itulah…orang yang cakaplah pantang larang tu…entah ye entah tidak…tapi saya rasa ada maksud di sebaliknya tu…
Wahhh mesti isteri demo terrer ni..haha…ke demo sendiri yang buatnya..emm baru tahu ada pantang larang rupanya buat tapir ni..patut la orang tua-tua buat memang sedap…hahahaha
isteri kawe panda jugok buat tapir ni…belaja dengan mok kawe lah…huhu.
Tapi kawe dok cayolah mano ko pantang larang tu…sebab kawe raso motif utama adalah dio nok kito jago kebersihan semua bendo masa buat tapai tu…ko guano?
Jolo jugok tu…haha..bijok2…doh bilo agoknya kawe buleh makan tapai isteri demo buatkan ni???
mari jalan alah kot ni lah boh…nanti kawe jamu laksam sekali…huhu
Hahaha..bilo auuu nok g ke sanaaaaaa…haha
insyaAllah kalu panjang umur buleh lah mari sini…hehe
mak ciktom suka buat tapai setiap kali perayaan..tapi susah nak cari daun getah..jadi moden guna plastik dan tupperware kecik je..hehe…
trend sekarang semua buat dalam bekas plastik. Senang utk diperolehi…
Tapi kalau daun getah dia ada nilai estetika…hehe
boleh makan. Tapi tak leh makan banyak-banyak sangat. Nanti pening woo..
kekadang boleh membuatkan perut memulas-mulas…mula lah tak cukup kaki nak cari tandas..huhu
haaa…macam nak raya plak bila tengok gambar tapai ni…saya ada terdengar my mum cakap…”kalau bungkus tapai time someone period tu,tapai akan jadi warna sedikit merah…” huhuhu..
Unik ya, bisa membentuk 3 seperti itu.
Entry ini menbuat daku mengidam tapai pulut T_T..
hehe…sekarang senang dapat kat pasar2 rasenya…