Gomo Kelate Gomo

Kalimah keramat

Gomo Kelate Gomo! Satu kalimah keramat yang mana kini begitu lantang dilaungkan oleh semua peminat bola sepak tanahair umumnya dan anak-anak Kelantan khususnya. Lebih-lebih lagi bersempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang akan berlangsung pada malam ini di Stadium Shah Alam. Perlawanan di antara Kelantan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda dan miskin atau pun kaya.

HOT! PROGRAM AFFILIATE JOB DIRUMAH

Pelbagai andaian dibuat mengenai pasukan yang akan menjuarai piala keagungan bola sepak negara. Ramai yang mengatakan Kelantan mempunyai kelebihan daripada segi pengalaman bermain di medan perlawanan akhir serta semangat juang yang tinggi di kalangan pemain serta para penyokongnya. Rakyat Kelantan di serata negeri pasti berpusu-pusu menuju ke Stadium Shah Alam bagi memberi sokongan yang padu kepada pasukan bola sepak Kelantan. Tidak kurang hebat juga dengan pasukan ATM. Kelayakan mereka sehingga ke peringkat akhir merupakan satu pencapaian yang amat luar biasa. Jika tiada kekuatan dari segi mental serta teknikal, mana mungkin mereka boleh sampai ke tahap itu.

Piala Malaysia…milik siapakah tahun ini?

Apabila bercerita tentang perlawanan akhir Piala Malaysia ini, pasti banyak yang ingin diperkatakan. Jadi aku tak nak cerita lebih-lebih pasal perlawanan akhir ini sebab aku juga begitu teruja untuk melihat kelibat pemain-pemain Kelantan beraksi malam ni. Jadi kita sama-sama tengok perlawanan ini dan nantikan keputusannya pada saat pengadil meniupkan wisel penamat permainan.

Apa maksud Gomo Kelate Gomo?

Pasti ramai di antara kita yang tidak tahu maksud Gomo Kelate Gomo. Tapi tidak kurang juga yang sememangnya tahu tidak kira samada rakyat Kelantan ataupun rakyat negeri lain. Gomo Kelate Gomo adalah ungkapan dalam loghat Kelantan. Gomo bererti lawan. Dalam sesuatu keadaan Gomo juga membawa maksud gaduh. Ianya bergantung kepada ayat yang digunakan. Jadi, Gomo Kelate Gomo yang menjadi motto pasukan Kelantan ini membawa maksud Lawan Kelantan Lawan. Dengan motto ini peminat-peminat bola sepak Kelantan mengharapkan pemain-pemain pasukan Kelantan berjuang berhabis-habisan sehingga ke titisan darah peluh yang terakhir.

Jadi sampai di sini dulu untuk entri kali ini kerana sepak mula perlawanan akhir sudah pun bermula. Aku pun ingin menyaksikan dengan mata kepala aku sendiri perlawanan ini walaupun hanya di depan TV.

Gomo Kelate Gomo!!!

MY said: Semua rakyat Kelantan di seluruh dunia mendoakan kejuaraan Piala Malaysia 2012 akan menjadi milik Kelantan.Takbir!!!

HOT! PROGRAM AFFILIATE JOB DIRUMAH

(7594)

16 thoughts on “Gomo Kelate Gomo

    1. muhamad yusri Post author

      tobak rrr…debor pelek wase…huhuhu…
      mujo gok gol yg ke 3 ATM tu offside…kalu dok gak bahang penalti gok wase..hahaha
      Ganu byk bende dok kena etek tahun nih…tengok lah tahun depang pulok guane ghamok…

      Reply
  1. Pingback: Pahang Juara Piala Malaysia 2013 | muhamadyusri dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge