Kelantan Juara

Kelantan Juara Piala FA 2012

 

Penantian selama 20 tahun telah berakhir malam tadi apabila Kelantan melakar sejarah dengan memenangi perlawanan akhir Piala FA 2012. Dengan berbekalkan 1 jaringan pada minit ke-58 menerusi sepakan penalti oleh wira Kelantan, Mohammed Ghaddar. Sime Darby FC berjaya ditundukkan oleh Red Warriors dengan keputusan penuh 1-0.
Kemenangan malam tadi telah membuktikan bahawa pasukan Red Warriors merupakan gergasi bola sepak yang sememangnya amat digeruni pada alaf ini. Red Warriors telah membawa revolusi baru buat arena bola sepak negara.

Pada pandangan aku, semangat juang Red Warriors telah banyak mempengaruhi minda dan pandangan peminat-peminat serta penyokong-penyokong sukan bola sepak di tanahair. Ini terbukti dengan kehadiran penonton-penonton ke Stadium Bukit Jalil malam tadi. Kita dapat lihat penonton-penonton memenuhi setiap sudut stadium.

Jika sebelum ini amat susah sekali untuk kita lihat jersey-jersey pasukan bola sepak tanahair dijual atau pun dipakai oleh peminat-peminat bola sepak dek kerana dipengaruhi oleh pasukan-pasukan bola sepak luar negara seperti Manchester United,Liverpool,Arsenal dan yang sewaktu dengannya. Tetapi kini, jersey seperti skuad Red Warriors telah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia tidak mengira peringkat usia. Malah kanak-kanak seawal usia 2 tahun pun sudah menyarung jersey Red Warriors.

foto creditted to blog.amirez.com

Aku rase cukuplah sampai kat sini ulasan pasal final Piala FA 2012. Aku dah rase macam teremosi pulak almaklumlah aku ni kan pemegang MYkad yang berkodkan ’03’ di tengahnya.Huhu….

GOMO KELATE GOMO!

(1232)

About The Author

5 thoughts on “Kelantan Juara

  1. Pingback: Gomo Kelate Gomo | Blog Yusri

Leave a Reply to muhamad yusri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *