Tag Archives: Batu Layar

Bercanda Di Batu Layar

Apa korang buat masa cuti Tahun Baru Cina?

Bagi korang yang rasa ‘berduit’ pasti panjang kaki korang kan? Kalau boleh satu Malaysia mahu pusing.

Aku…ermm…mengharapkan bulan jatuh ke riba, tetapi buah nyor pun belum tentu jatuh. Kenapa tahun ni tak macam tahun-tahun yang dulu? Apakah yang terjadi sebenarnya? Banyak sekali persoalan dan tanda-tanya berligar-ligar di benak fikiran ini.

Ahhh…korang pasti tak faham kan? Biarlah aku dan mereka yang memahami saja menelan kesengsaraan ini.

Cuti yang panjang sudah tiada ertinya lagi. Tetapi bak kata orang kampung aku, “life must go on…” . Jadi aku dan XYL aku bersetuju untuk bawa harmonics pergi picnic ke tempat feveret kitorang di Johor ni iaitu Sail Rock Beach. He he…rase macam kat Hawaii je. Padahal Pantai Batu Layar je. Continue reading

(2282)

Jalan-jalan Batu Layar

Pantai Batu Layar pada hari bukan cuti umum

Cuti Tahun Baru Cina.Apa perancangan anda sempena hari cuti ini ya? Tidak kiralah anda bujang atau sudah berkeluarga.Jika orang bujang mungkin ada perancangan untuk beraktiviti bersama rakan-rakan,teman istimewa,tunang ataupun mungkin jua lebih selesa bergerak secara solo.

Manakala bagi mereka yang sudah berkeluarga pasti tidak akan melepaskan peluang begini untuk bersama-sama isteri serta anak-anak samada pergi bercuti, membeli-belah ataupun melakukan sebarang aktiviti riadah yang boleh mengeratkan lagi ikatan kasih sayang kekeluargaan.Tidak kurang juga mengambil keputusan untuk bersantai di rumah sahaja mungkin kerana malas untuk menempuh kesesakan jalan raya semestinya serta hiruk-pikuk di tempat-tempat awam. Continue reading

(2421)