Tag Archives: bila boleh mohon callsign

Nama Baru Aku

Semua orang kat atas muka bumi ini ada nama atau pengenalan diri kan? Macam aku lah Muhamad Yusri. Nama yang ayahanda dan bonda aku berikan sejak dari mula-mula lahir lagi. Tetapi hari ini, aku telah mendapat satu lagi pengenalan diri. Nama baru aku yang mana ianya unik dan tidak akan ada orang lain dapat memilikinya. Nama ini memang khas untuk pengendali Radio Amatur ataupun Ham Radio.

Callsign. OK, ia adalah pengenalan diri untuk seseorang yang mengendalikan peralatan dalam komunikasi Radio Amatur. Ia juga merupakan lesen yang wajib dimiliki jika ingin mengendalikan Radio Amatur secara sah.
Aku tak nak cerita panjang pasal maksud callsign tu. Aku cuma ingin kongsikan bagaimana caranya aku memohon untuk mendapatkan callsign ini.

SKMM Johor Bahru

Continue reading

(4069)

Peperiksaan Radio Amatur (RAE2014-6)

RAE 2014-6

Semalam 21 April 2014, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan tentang Peperiksaan Radio Amatur (RAE) Siri 1 bagi tahun 2014. Butiran lengkap berhubung peperiksaan ini adalah seperti berikut:

RAE2014-6_Date

Continue reading

(4022)

Masih Tercari-cari Callsign

Sudah setahun aku lulus RAE. Tapi sampai sekarang aku belum lagi mohon callsign.
Amenda sebenarnya callsign ni? Senang cerita callsign ni nama unik untuk seseorang pemegang lesen Radio Amatur. Callsign ini digunakan semasa di dalam perbualan menggunakan peralatan radio amatur.

Bukan tak nak mohon, tapi kesibukan kerja membuatkan proses untuk melengkapkan dan menghantar borang permohonan terbengkalai. Sebenarnya aku masih tercari-cari callsign untuk aku mohon.
Di dalam borang permohonan, diberikan 3 pilihan untuk callsign. Jadi di dalam benak fikiran aku, aku bercadang untuk memilih callsign-callsign ni:

1) 9W2YSR
2) 9W2YUS
3) 9W2MYW

Aku dah check kat web site SKMM, kesemua callsign di atas masih available. Jadi sebelum ada orang yang kebas baik aku mohon cepat-cepat. Kalau tidak terpaksalah cari callsign yang lain pulak.
Jika nak check callsign,boleh klik di sini > Check Callsign Continue reading

(7149)