Tag Archives: Piala Malaysia

Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Ya.
Tahun ini bukan milik “The Red Warriors” untuk merangkul gelaran juara Piala Malaysia edisi ke 87. Walaupun pemain-pemain Kelantan telah menunjukkan prestasi yang pada tahap optimum tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

Pahang Juara Piala Malaysia 2013

Pahang Juara Piala Malaysia 2013- Matias Conti menjadi wira Pahang

Skuad “Tok Gajah” akhirnya berjaya menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia sejak tahun 1992, apabila menewaskan juara bertahan Piala Malaysia musim lalu iaitu Kelantan dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi. Continue reading

(786)

Terengganu Juara Piala Malaysia 2011

Satu Malaysia amnya tertunggu-tunggu perlawanan akhir antara pasukan Terengganu (Teganu)  menentang pasukan Negeri Sembilan (N9) di Stadium Shah Alam pada malam esok 29 Oktober 2011.Debaran pasti terasa lebih-lebih lagi buat penyokong skuad negeri Teganu dan N9.

Apa-apa pun andaian dan ramalan yang dibuat oleh sesiapa saja tentang perlawanan hebat yang akan berlangsung besok, bagi saya pasukan Teganu pasti akan menjadi JUARA Piala Malaysia bagi tahun 2011 Continue reading

(422)

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Ke 2 Piala Malaysia 2011

Perlawanan bola sepak separuh akhir ke 2 Piala Malaysia 2011 malam tadi menyaksikan pasukan Terengganu menang dengan bergayanya apabila menewaskan pasukan Selangor 2-1.Terengganu yang berbekalkan kemenangan 2-0 pada perlawanan pertama separuh akhir di Stadium Shah Alam,ternyata begitu hebat untuk ditewaskan lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri yang dihadiri puluhan ribu penyokong skuad Penyu ini.Kemenangan Terengganu dengan aggregat 4-1 telah melayakkan pasukan ini ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 29 Oktober 2011 nanti.Sekaligus menguburkan misi 33 Selangor untuk menjuarai Piala Malaysia. Continue reading

(497)